Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kerepek Biji Durian Yang Rare Dan Sedap. Boleh Buat Kudap-Kudap Hilang Boring Dan Stress Dirumah!
Lepas ni kalau nak makan durian, jangan buang bijinya tau. Boleh buat kerepek untuk kudap-kudap masa bosan. Sambil tengok tv pun boleh makan. Resepi kerepek biji durian ini senang sangat nak buat yang penting biji durian kena ada.
Nak buat kerepek biji durian ni kena rendam biji tu semalam dulu. Barulah mudah nak sagat. Rasa kerepek ni sedap, rangup dan lemak-lemak gitu. Agak lama sikit masa nak goreng. Kalau dah rasa ringan tu maksudnya kerepek dah masak.
Mesti ada yang terkejut bila dapat tahu biji durian ni boleh buat kerepek kan. Bukan biji nangka je tau boleh buat kerepek. Durian pun boleh! Sedap pula tu. Nak buat niaga pun boleh. Isinya dimakan, bijinya dijual.
Resepi kerepek biji durian ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Rozana Hashim AsSalihin. Nampak ramai yang suka resepi ni. Resepi rare yang dapat 12K share di Facebook.
Yang beli durian mahal-mahal tu. Ha! Jangan buang bijinya. Boleh makan tau! Janji kena rajin sikit buat kerepek. Pkp ni confirm ramai yang stress duduk rumah. Apa kata buat je kerepek ni. Boleh juga hilangkan stress. Makan ni boleh hilangkan stress tau.
RESEPI KEREPEK BIJI DURIAN
Selalu sangat makan kerepek pisang dan kerepek ubi. kali ni kita tukar selera pula. Resepi ini cuma menggunakan 2 bahan sahaja. Simple tapi sedap! Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bagaimana cara penyediaan kerepek ni.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Biji durian
- Garam
CARA PENYEDIAAN KEREPEK BIJI DURIAN :
▶️ Bersihkan biji durian. Kalau rajin buang sekali kulit koko tu.
▶️ Rendam dengan air garam semalaman.
▶️ Esoknya, sagat biji durian nipis-nipis. Nak sagat guna sagat tupperware tu lagi mudah.
▶️ Dah sagat, biarkan dalam sejam dua.
▶️ Lepas tu, boleh goreng guna api perlahan. Jangan perlahan sangat, nanti esok baru masak. Agak lama juga nak garing, jangan lupa untuk selalu kacau ye.
▶️ Bila masak, kerepek ni akan rasa ringan bila dikacau. Itu tandanya kerepek nak masak.
▶️ Ni contoh dah masak. Boleh angkat, toskan dan tunggu sejuk. Siap!
BACA JUGA: Resepi Percik Ikan Kembung Yang Mudah Dan Sedap. Cuma Perlu Bakar Arang Atas Dapur Je!
Masukkan dalam bekas tak masuk angin. Boleh simpan lama! Banyak mana durian yang dibeli tu jangan dibuang bijinya. Rugi sangat tak cuba resepi ni. Barulah berbaloi beli durian mahal-mahal. Biji pun boleh makan. Sedap pula tu!
Anak-anak mesti kata mama hebat! Sebab biji durian boleh bertukar jadi kerepek. Anak-anak pun suka makan. Yang tak makan durian bolehlah makan kerepeknya je. Kerepek ni confirm boleh makan.
Ramai yang kata kerepek ni sedap, rangup macam kerepk ubi. So, kalau nak cuba follow je resepinya disini. Confirm menjadi! Semoga resepi kerepek biji durian yang rare ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!