Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuah Oden Homemade. Sedapnya Kalah Oden Yang Jual Kat Family Mart!

0 11,498

Siapa suka makan oden? Jom buat kuah oden homemade. Sedapnya kalah oden yang jual kat Family Mart tau. Sedap sangat! Bahan kuah pun tak renyah dan mudah diperolehi.

Kuah oden ini boleh dihidang dengan apa saja bahan steamboat yang anda suka. Kalau nak letak mee pun boleh. Yang menentukan resepi oden tu sedap bergantung pada kuahnya.

Anda juga boleh campurkan dengan sayur-sayuran. Ala-ala steamboat kat lori-lori tu. Dimakan panas-panas sedap sangat. Kuahnya boleh dibuat banyak dan disimpan dalam peti. Bila nak makan bolehlah panaskan je.

Resepi kuah oden ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Akma. Perkongsian resepi ini sehingga 119k share dan 5.6 like di Facebook. Nampaknya sejak pkp ramai yang buat aden homemade.

Semua perencah hanya perlu dimasak sehingga mendidih dan ditambahkan saja dengan kiub pati ayam dan gula. Manakala bahan steamboat pula akan dimasak dalam kuah oden yang dah mendidih.

 

RESEPI KUAH ODEN HOMEMADE

Dulu sebelum pkp, mesti ada yang ambil peluang untuk ke Family Mart waktu rehat bekerja kan. Sejam pun jadilah. Nak duduk situ sambil makan oden. Kenyang pun kenyang. Musim hujan lagi syok nak makan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 paket perencah tomyam adabi
  • 2 paket perencah sup siam adabi
  • 1 paket perencah asam pedas adabi
  • 2 pcs kiub pati ayam
  • Air 1.5 liter
  • Gula 1 sudu

CARA PENYEDIAAN KUAH ODEN HOMEMADE :

▶️ Masuk air dan semua perencah. Biarkan mendidih.

▶️ Masukkan semua bahan-bahan steamboat yang anda suka. Dan masak sampai bahan lembut.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Masak Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah. Resepi Simple Dan Senang Nak Buat!

 

Dah boleh makan panas-panas! Masam, manis, pedas semua rasa ada. Macam tomyam sedapnya! Kalau ada sayur boleh letak sayur contohnya sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram atau apa jenis sayur yang anda suka.

Beli kat kedai mahal juga harganya. Lebih berbaloi buat sendiri. Bahan steamboat pula banyak yang jual frozen. Beli yang frozen dan buat kuah aden homemade je. Seronok sangat dapat makan banyak-banyak. Jimat!

Lepas ni penggemar oden dah boleh buat sendiri guna resepi ni. Semoga resepi kuah oden homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open