Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Popia Bergedil Rangup Di Luar Inti Padat! Hidangan Minum Petang Yang Paling Laku Dijual!

0 4,240

Kalau sebelum ini viral pasal tauhu bergedil dengan sambal kicap pedas yang padu! Mungkin boleh cuba pula rasa popia bergedil yang rangup dan inti padat ni.

Menggunakan bahan-bahan yang sama seperti tauhu bergedil, kita boleh pilih sama ada nak makan perasa ayam atau perasa daging. Bergantung dengan apa bahan yang ada, jom kita mulakan!

Sebelum tu, boleh kongsikan resepi ni dekat ruangan facebook korang supara ramai lagi yang boleh follow dan belajar cara macam mana nak hasilkan popia bergedil yang sedap dan padat.

Perkongsian resepi milik Cik Puan Noraini Othman kita ni, macam senang nak buat dan menggunakan bahan-bahan yang simple sahaja. Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat popia bergedil ni.

 

RESEPI POPIA BERGEDIL

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah :

  • Ubi kentang ( digoreng dan dilenyek sampai lembut )
  • Daun Sup dan daun bawang ( dihiris halus )
  • Isi ayam digoreng dengan garam sikit ( digunting halus )
  • Bawang goreng
  • Bawang putih ( digoreng dan ditumbuk )
  • Lada cili / merah ( ikutla citarasa kita )
  • Lada sulah
  • Garam
  • Kulit popia
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN POPIA BERGEDIL :

▶ Semua bahan tadi di masukkan dalam satu bekas. Gaul rata.

▶ Perasakan dengan lada sulah dan sedikit garam.

▶ Lebarkan kulit popia. Jika besar, potongkan sedikit. Untuk lebih mudah, gunakan yang bersaiz kecil. Lipat kepada dua bahagian.

▶ Letak inti yang kita gaulkan tadi ke atas kulit popia. LIpat dan gulung kulit popia kemas- kemas. Gunakan air untuk lekatkan bhagian hujung kulit popia.

▶ Buat sampai habis inti kita.

▶ Panaskan minyak untuk menggoreng.

▶ Pukul 3 biji telur ke dalam mangkuk. Celupkan popia bergedil tadi. golek-golekkan seketika dan masukkan ke dalam kuali untuk digoreng.

▶ Bila dah bertukar kekuningan, angkat dan toskan seketika.

▶ Sebelum dihidangkan, tabur baki daun sup dan daun bawang di atas popia bergedil.

BACA JUGA: Resepi Roti Kukus Sosej Cheese Yang Simple Dan Mudah! Rasa Yang Marvellous Dan Serious Wajib Cuba!

Mudah betul nak bat popia bergedil ni. Ramai yang saya tengok yang menjual popia bergedil di pasaran. Ada yang menjual ready to eat dan ada yang menjual secara frozen. Balik panaskan minyak dan terus menggoreng.

Kepada yang baru nak belajar buat popia bergedil ni, bolehlah cuba buat dengan follow step by step yang dikongsikan deka tatas ni.

Nak makan popia bergedil ni, wajiblah ada sambal kicap pedas yang sama macam tauhu bergedil. Oleh itu jimat masa dan tenaga kan? Inti yang sama,cicah pun yang sama. Sekali buat tub oleh bahagikan kepada popia bergedil dan tauhu bergedil.

Memang sedap dimakan panas-panas pada waktu petang! Selamat mencuba kepada kawan-kawan yang nak try buat popia bergedil ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open