Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bihun Goreng Tom Yum Ala Kedai Siam. Confirm Sedap Dan Bertambah-Tambah Dibuatnya!

0 41

Orang kata nak diet bukan takat tak boleh makan nasi, bihun pun tak boleh tau! Tapi takpe la, kita sambung tahun depan azam nak diet kita. Azam diet hilang lepas nampak resepi bihun goreng tom yum ala kedai Siam ni. Terus terliur dibuatnya!

Korang pernah tak jumpa pes tom yum brand PUM Tomyam Thailand? Nak masak bihun goreng tom yum versi ni, korang kena guna pes PUM Tomyam Thailand ni. Barulah sedap dan menjadi! Biasa jual kat kedai runcit. Tapi lagi mudah order kat shopee.

Bosan jugak kan asyik makan bihun singapore dan bihun kicap. Kali ni kita nak makan bihun goreng tom yum macam kat kedai Siam. Memang sedap weh! Resepi dah ada, follow je sebijik-sebijik confirm menjadi. Masak sendiri lagi puas hati dari beli kat luar.

Macam-macam lauk boleh letak dalam bihun ni. Nak letak ayam boleh, nak letak seafood pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Masak kat rumah je. Nak buat bihun goreng tom yum ni takde la susah mana pun. Guna pes je lagi mudah kerja korang.

Resepi bihun goreng tom yum ala kedai Siam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rozmaliza Omar. Tengok kat gambar je dah nampak sedap. Boleh buat untuk breakfast atau makan malam nanti. Patutlah viral!

 

RESEPI BIHUN GORENG TOM YUM

Resepi pun dah ada. Simple dan semestinya sedap. So, tak nak buang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan bihun goreng tom yum ni. Bahan-bahan dan step memasak seperti di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1 bungkus bihun (rendam hingga lembut)
  • 6-7 ulas bawang putih**
  • 5 biji cili padi**
  • 3 sdb pes tom yum
  • 2 sdb cili kisar
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb sos ikan
  • Kobis dan carrot
  • 1 ikat sawi
  • 3 helai daun limau purut (dikoyak-koyak)
  • Isi ayam, udang dan sotong (resepi ni guna ayam je)
  • 1 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN BIHUN GORENG TOM YUM :

▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.

▶️ Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pes tom yum. Tumis lagi.

▶️ Masukkan isi ayam dan masak hingga empuk diikuti dengan udang dan sotong.

▶️ Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih

▶️ Masukkan bihun, sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul rata-rata hingga semua lembut masak sekata.

▶️ Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Ketayap Lejen Anti Gagal. Follow Resepi Ni Confirm Sedap Dan Menjadi!

 

Dah siap pun bihun goreng tom yum kita ni. Sesuai jugak hidang Bila ada majlis sambutan kat rumah ataupun di tempat kerja. Dalam resepi ni kita guna lauk ayam je. Kalau korang nak letak sotong dan udang sekali pun boleh. Lagi sedap!

Dah tahu nak beli pes PUM Tomyam Thailand kat mana? Biasa ada kat kedai runcit jugak. Kalau dah takde sangat, order je banyak-banyak pes ni kat Shopee. Nak buat nasi goreng atau lauk masak tomyum guna pes ni pun boleh. Sedap tau!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozmaliza Omar kerana sudi berkongsi resepi bihun goreng tom yum ala kedai Siam ni di Facebook. Masak kat rumah je! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open