Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Ketayap Lejen Anti Gagal. Follow Resepi Ni Confirm Sedap Dan Menjadi!
Lama giler tak makan kuih ketayap. Kuih ni memang lejen ye. Ramai yang pandai buat kuih ni kan. Korang yang baru nak belajar buat macam aku, boleh follow resepi kuih ketayap lejen anti gagal ni kat sini. Ikut sukatan resepi ni confirm menjadi!
Seperti yang kita tahu, kuih ketayap ni merupakan kuih tradisional yang ramai penggemarnya. Cara penyediaannya pun mudah. Cuma rajin atau tak je nak buat kuih ni. Kuih ni senang nak dapat. Biasanya terjual di gerai-gerai tepi jalan untuk sarapan pagi.
Yang menyedapkan lagi kuih ketayap ni dah semestinya intinya. Inti kelapa kuih ketayap ni kena ada rasa manis dan takde bau kelapa yang hangit. Baru la sedap di makan nanti. Kalau nak makan kuih ketayap ni ramai-ramai, aku suggest korang buat je sendiri.
Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaannya kuih ketayap ni takde la banyak mana pun. Kuih ketayap jugak merupakan kuih yang biasanya kita jumpa bila ada majlis kenduri kendara. Memang ramai penggemarnya. Kalau hidang kuih ni, confirm habis.
Resepi kuih ketayap lejen ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norzurah Samudin. Nampak sedikit berbeza dengan kuih ketayap yang biasa kita jumpa. Siap ada corak dan extra warna hijau terang kat kulit kuih ketayap ni.
RESEPI KUIH KETAYAP LEJEN
Hujung minggu nanti boleh la buat kuih ketayap kat rumah. Hidang untuk minum petang. Yang tak pernah buat kuih ni, jangan risau. Korang boleh follow resepi dia kat sini. Jom tengok bahan-bahan dan step penyediaan kuih ketayap ni kat bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kulit ketayap :
- 21/2 cawan tepung gandum
- 21/2 cawan air (nak wangi blender daun pandan dan ambil airnya)
- 1 biji telur (di kocak dulu baru blender, kalau tak suka letak boleh je skip)
- 2 sudu makan minyak masak
- Sedikit garam
- Pewarna hijau secukupnya atau terpulang korang kalau nak colour apa
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut (nak yang putih je)
- 3/4 cawan gula merah
- Sehelai daun pandan
- Sedikit air
CARA PENYEDIAAN KUIH KETAYAP LEJEN :
Cara penyediaan kulit ketayap :
▶️ Blender semua bahan-bahan untuk kulit ketayap.
▶️ Panaskan kuali dan tuang adunan.
▶️ Tips nak dapat kulit peloles cantik korang oles sedikit minyak.
▶️ Angkat kuali tuang adunan dan ratakan. Baru letak kuali semula atas api.
▶️ Adunan jangan tebal dan api dapur jangan besar. Paling mudah nak guna kuali non stick.
Cara penyediaan inti :
▶️ Panaskan air dan tuang gula merah+daun pandan.
▶️ Bila dah hancur gula, letak kelapa parut tadi.
▶️ Biar sampai kelapa kering dan kecilkan api. Rajin rajin la gaul kelapa.
▶️ Dah siap semua, bolehlah jalankan proses menggulung kuih ketayap. Siap!
BACA JUGA : Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Kulit kuih ketayap dengan inti korang boleh je siapkan awal-awal. Jangan risau, kulit kuih ketayap ni tak melekat walaupun dah sejuk. Bila-bila korang nak makan baru gulung pun boleh. Takut kelapa basi pulak kalau gulung awal-awal kan.
Actually, kuih ketayap zaman modern ni dah ada colour-colour hipster tau. Terpulang korang nak letak colour apa ikut citarasa masing-masing. Nak buat kuih ketayap colour pink pun boleh. Kuih ketayap warna warni macam apam polkadot pun ada ye.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norzurah Samudin kerana sudi berkongsi resepi kuih ketayap lejen anti gagal ini di Facebook. Semoga parkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!