Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Simple Masak Maggi Kari Tumis Yang Awesome. Makan Waktu Sejuk Sekarang Ni Memang Padu!

0 1,985

Makanan yang paling ramai orang suka dan boleh dikatakan penyelamat jika lapar waktu malam. Yes! Of course lah maggi kan. Maggi ni ada pelbagai perasa yang kita boleh pilih dan buat.

Selain kari, ada tomyam, asam laksa, ayam lah. Sekarang ni ada pula ayam bijan. Dan pelbagai lagi perasa baru yang dikeluarkan mengikut trend dan kehendak semasa. Tapi bagi yang legend dan setia, maggi kari tetap di hati!

Nak masak maggi ni, ada macam-macam cara. Ada yang suka rendam je dan masukkan perencah, siap! Yang nak rasa mewah sikit, masak dalam kuali boleh masukkan telur dan ayam serta sayur. Baru ngam!

Kalau saya pun suka versi yang masak dan paling best, buat maggi kari tumis! Macam mana senang je. Ni saya kongsikan resepi simple dari Cik Puan kita ni. Boleh cuba sebab rasa dia memang marvellous!

 

RESEPI MAGGI KARI TUMIS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 bungkus Maggi kari
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • 8 biji cili padi ( jika tak suka pedas, boleh kurangkan)
  • Sayur ( jika suka)

CARA PENYEDIAAN MAGGI KARI TUMIS :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga cili padi sedikit hancur. Jangan terlalu lumat.

▶ Bila dah tumbuk, keluarkan dan gaulkan dengan perencah maggi kari.

▶ Kemudian, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk bersama perencah maggie tadi.

▶ Kacau sekejap sampai naik bau, masukkan air ikut banyak kuah yang kita suka. Masak sehingga mendidih.

▶ Seterusnya, masukka maggi dan biarkan maggi lembut.

▶ Akhir sekali, pecahkan telur dan siram dengan kuah. Jika suka yang telur kuningnya cair, boleh segera angkat.

▶ Untuk yang suka kan sayur, boleh masukkan sayur sawi, kobis dan lobak merah sebagai pelengkap rasa.

BACA JUGA: Cara Buat Laksa Macam Dekat Aeon Yang Sedap. Tak Sangka Resepi Mudah Ni Dapat Rasa Sebijik Macam Food Court Punya!

Fuuh! Walaupun hanya perkongsian cara nak bua tmaggi, tapi bau dia dan rasa dia tu memang boleh buat kita rasa tak sabar nak makan!

Terutama lagi sekarang ni musim sejuk, perut cepat je lapa walaupun baru beberapa jam makan nasi. Bila cucaca sejuk, dapat makan maggi kari tumis ni panas-panas. Memang layanz!

Yang mana biasa buat maggi dengan cara biasa je, bolehlah lepas ni cuba pula resepi maggi kari tumis ni. Serious sedap! Untuk gantikan makan malam pun boleh. Yang anak-anak boleh kurangkan cili padi atau boleh juga buat dengan menggunakan perasa ayam.

Saya ucapkan selmaat mencuba buat mereka yang nak try buat maggi kari tumis yang awesome ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open