Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Suka Sangat Dengan Sambal Garing Ikan Bilis? Jom Kita Follow Resepinya Disini!
Pasti sangat ramai penggemar sambal garing ikan bilis kan? Lebih-lebih lagi sambal yang menggunakan ikan bilis mata biru. Memang sedap sangat. Kalau beli mesti sentiasa rasa tak cukup. Lebih baik buat sendiri lagi puas hati.
Ramai juga peniaga sambal garing ikan bilis ni. Bukan sahaja secara offline tapi juga secara online. Artis pun turun menjualnya. Biasanya sambal ikan bilis ini dijadikan penambah rasa dalam makanan.
Sesetengah orang merasakan tak lengkap setiap kali juadah mereka tanpa sambal ikan bilis. Sambal garing ikan bilis ini juga sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Ditambah pula dengan telur dadar. Takde lauk lain pun takpe.
Resepi sambal garing ikan bilis ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Syarah Amanina. Langkah penyediaannya sangatlah mudah. Cuma nak kisar cili tu je agak renyah.
Sebelum cili dikisar perlu dibersih dahulu untuk buang tabuk pada cili kering. Kemudian, digunting untuk dibuang bijinya sebelum digoreng. Selesai menggoreng cili barulah dikisar dengan kiub pati ikan bilis. Sedap tau!
RESEPI SAMBAL GARING IKAN BILIS
Ikan bilis juga akan digoreng garing sebelum dimasak dengan cili kisar. Kalau nak dapatkan ikan bilis yang rangup, anda boleh gunakan ikan bilis yang sudah di kopek. Tak sampai seminggu sekilo sambal ikan bilis dah habis dimakan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan bilis
- Cili kering (dibasuh dan digoreng)
- Kiub pati ikan bilis
- Garam
- Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN SAMBAL GARING IKAN BILIS :
▶️ Mula-mula, goreng sampai garing ikan bilis. Nak cepat rangup lebih baik guna ikan bilis yang siap di kopek especially bilis mata biru.
▶️ Lepas goreng ikan bilis, buang minyaknya. Tinggalkan sikit je.
▶️ Kemudian, goreng pula cili kering. Goreng sampai bunyi garing. Cili kering yang digoreng perlu dibasuh terlebih dahulu kemudian dibuang bijinya dan digoreng.
▶️ Dah siap goreng cili kering, taburkan kiub pati ikan bilis pada cili. Masukkan dalam blender dan blend kering je.
▶️ Dah siap blend, masukkan balik kedalam kuali. Make sure dah takde minyak dalam kuali ye. Guna je kuali yang sama tapi minyaknya dipindahkan ketempat lain.
▶️ Campurkan sekali ikan bilis tadi. Gaul sampai sekata.
▶️ Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. Dan taburkan bawang goreng lagi sedap. Gaul dan ratakan.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Bubur Biji Nangka Yang Mudah Dan Lazat. Lembut Juga Tak Liat Hasilnya!
Sangat simple dan sangat sedap hasilnya. Kalau malas nak masak, makanan paling mudah nak makan sudah pasti telur dadar dan sambal ikan bilis yang dah dibuat banyak dirumah. Senang kata ‘stok ikan bilis goreng’ lah kan.
Sambal garing ikan bilis ini tahan lama. Lebih-lebih lagi yang dimasak kering. Pastikan bij cili kering dibuang Sebab boleh appendix dibuatnya nanti. Sambal ni lagi sedap ditaburkan bawang goreng tau. So, pastikan tabur bawang goreng tau!
Lain resepi lain rasanya. Lepas ni tak perlu beli sambal goreng ikan bilis diluar lagi. Ikuti saja resepinya disini. Nak buat banyak mana pun boleh. Lagi banyak stok dirumah lagi syok kan. Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!