Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sup Tulang Dan Daging Yang Mudah Dibuat. Letak Cili Kicap Lagi Sedap!
Nampak je sup tulang ni terus terliur aku dibuatnya. Makan panas-panas malam macam ni lagi syok. Letak pulak cili kicap dan perah limau. Lagi sedap ye. Kali ni aku nak cuba resepi sup tulang dan daging versi ni pulak. Beza sedikit dengan sup tulang yang biasa aku buat.
Adik ipar aku yang mengidam nak makan sup tulang, aku pulak yang tak sabar-sabar nak makan. Adik ipar aku kata, dah beli banyak kat luar. Tapi tetap tak ngam dengan tekak. Mesti baby nak try mak sedara dia ni masak pulak kan.
Kat tempat aku, kalau nak beli tulang kena pegi awal-awal pagi. Kalau lambat, confirm tak dapat dah. Banyak kedai makan yang akan beli borong. So, nak tak nak lepas je subuh kena la aku gerak pegi pasar untuk dapatkan tulang dan daging.
Sup kali ni aku nak cuba resepi dari Cik Puan Aisyah Humaira. Nampak sedap dan sangat mudah cara penyediaannya. Kat gambar pun dah nampak menarik tektur kuah sup ni. Tak sabar pulak nak tunggu esok beli daging dan masak sup ni kat rumah.
Orang kata masak sendiri lagi puas hati. Belambak resepi sup tulang kita boleh jumpa kat Facebook. Makan kat luar ni belum tentu sedap tau. Kadang bazir je duit dapat hidangan biasa-biasa. Sesekali makan kat luar tu takpe la. Kot dah malas sangat nak masak kan.
RESEPI SUP TULANG DAN DAGING
Sebelum nak pegi pasar esok, aku kena tengok dulu segala bahan yang diperlukan dalam pengediaan sup tulang dan daging ni. Takut ada bahan yang kurang pulak, dah spoil mood nak masak nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan tumis :
- 6 biji bawang merah/ bawang kecil (dihiris)
- 3 ulas bawah putih (dicincang halus)
- 5 keping hirisan halia
Bahan-bahan lain :
- 1kg setengah anggaran daging campur tulang dan dicuci bersih
- 2 pek kecil rempah sup Adabi
- Daun sup secukupnya
- 1 batang saderi dihiris
- 2 sudu perahan limau nipis
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- Garam
- Gula
- Aji secukup rasa
CARA PENYEDIAAN SUP TULANG DAN DAGING :
▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan sampai bawang garing.
▶️ Perlahankan api dan masukkan 1 peket rempah sup. Kacau sebati dan terus masukkan air.
▶️ Masukkan daging dan tulang. Kemudian, kacau sebati. Air biar lebih sebab nanti akan kurang sebab tempoh daging untuk empuk/masak agak lama.
▶️ Masukkan garam, gula dan aji secukup rasa dan biarkan daging mereneh dengan api paling perlahan hingga daging lembut dalam 30-40 minit. Jika air kurang boleh tambah lagi.
▶️ Daging dah masak boleh la tabur daun sup, sederi, hirisan tomato dan cili padi.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Mexico Bun Atau Papa Roti Homemade. Makan Panas-Panas Lagi Sedap!
Wah! Nampak sedap dan menyelerakan betul sup tulang ni. Lagi best masak sendiri sebab kita nak adjust rasa pun mudah. Boleh suaikan dengan tekak masing-masing. Nak daging jadi lembut, bolehlah masak guna pressure cooker nanti.
Tak pernah lagi masak sup guna perencah sup Adabi. Ni first time aku nak try. Ramai yang kata masak guna perencah ni memang sedap. Mudah jugak nak masak. Rasa sup pulak ala-ala kat kedai makan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi sup tulang dan daging yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!