Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Apam Palkodot Yang Lembut, Gebu Dan Comel. Anak-Anak Confirm Suka!
Setiap kali balik ke Sabah, adik aku mesti request member aku buat apam palkodot ni. Padahal boleh je buat sendiri. Sekarang aku dah share kat dia, resepi apam palkodot yang lembut, gebu dan comel ni. Dah boleh buat sendiri kat rumah lepas ni.
Sebelum ni member aku pernah kirim apam palkodot ni ke Sabah. Sampai je airport adik aku buka bag jumpa pulak bekas apam palkodot ni. Comel sangat katanya. Terus masuk ke mulut. Kebetulan pulak inti apam ni coklat. Memang tak henti-henti dia makan.
Apam polkodot ni boleh dipelbagaikan warna dan intinya. Masukkan je apa-apa jem yang korang suka. Contoh jem strawberi, jem berry, coklat dan macam-macam lagi. Makan kuih ni memang kena sedia air ye. Takut lekat kat tekak pulak nanti.
Aku cari resepi sebijik macam member aku buat. Sebab nak minta dia resepi, malas pulak nak ngajar. So, baik la aku minta mana-mana resepi yang sebijik macam dia guna. Then, dia pun bagi la resepi apam palkodot dari Cik Puan Siti Zubaidah ni.
Katanya, nak mudah pakai je resepi ni. Resepi ni dapat banyak share kat Facebook ye. Sampai hari ni share dah hampir 8.3k. Apam palkodot ni korang nak buat jual, buat tempahan untuk majlis-majlis pun boleh. Especially untuk birthday party!
RESEPI APAM PALKODOT COMEL
Ada je lagi resepi lagi mudah dari yang ni. Tapi aku sure teksture apam tu tak selembut dan segebu resepi ni. Mesti korang tak sabar nak tahu bahan-bahan yang diperlukan kan. Jom kita lihat satu persatu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 bji telur
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh overlate
- 1 kotak susu full krim 200ml
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu teh baking powder
CARA PENYEDIAAN APAM PALKODOT COMEL :
▶️ Bile adunan yang tadi betul-betul kembang masukkan tepung dan baking powder. Pukul sampai sebati.
▶️ Kemudian, bahagikan beberapa warna dan dekolah ikot keativiti sendiri.
▶️ Nak dotdot ke gambar aje. Terpulang jangan lupa letak filling kat tengah adunan tu.
▶️ Kukus selama 10 minit api slow je.
▶️ Jangan api besar nanti terseyum pulak apam tu.
BACA JUGA : Resepi Sira Labu Kelantan Sedap Berkilat. Manisan Ni Wajib Ada Bila Kenduri!
Lembut gebu je apam ni. Lepas ni aku dah suruh adik aku buat sendiri je kat rumah. Kacau je nak bawak naik flight. Resepi apam palkodot ni kalau guna untuk niaga pun laku keras. Siap dapat tempahan lagi untuk majlis-majlis.
Dalam taman ni, member aku sorang je yang jual apam palkodot. So, bila ada majlis atau makan-makan kat sekolah. Dia mesti dapat banyak tempahan apam palkodot. Bila kumpul-kumpul duit apam boleh la buat beli periuk dessini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Zubaidah kerana sudi berkongsi resepi apam palkodot yang lembut, gebu dan comel ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!