Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cheesekut Nestum Yang Tak Perlu Bake. Confirm Menjilat Jari!

0 6,461

Sebut sahaja tentang Cheesekut Nestum fuhh confirm meleleh air liur. Lebih-lebih lagi pada mereka si penggemar cheese. Semua jenis makanan yang berasaskan cheese semua la disukanya. sudah pasti da ramai yang tahu cara buat cheesekut.

Resepi cheesekut ni ada macam-macam jenis. Ada cheesekut nestum, cheeskut tiramitsu, cheeskut milo dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya, buat cheesekut ni takdalah susah sangat pun. Mudah, cepat dan pastinya enak. Bila-bila masa pun boleh dibuat.

Dengan menggunakan 5 bahan sahaja kita akan perolehi pemanis mulut yang sangat “aummm”. Tak payah cakap anak-anak je yang suka cheese ni, mak-mak pun sama suka. Cheesekut nestum ni lebih kurang sama macam buat kek batik. Tak perlu oven, tak perlu mixer dan sukatan pun agak-agak je.

Yang pastinya, makan cheesekut nestum ni anda takkan pernah puas hati. Dan pasti anda nak makan berkali-kali. Kalau anda rasa nak buat sendiri, jom ikut perkongsian resepi dari Imah Halimah yang confirm buat anda puas hati dan pasti anda akan buat lagi.

Rasanya harga cheesekut nestum ni kalau beli kat kedai-kedai luar pun mau tak RM7 ke RM10 juga sebekas yang kecil tu. Ish, kalau da mudah sangat nak buat, apa lagi beli je bahan-bahan dan buat sendirikan senang. Boleh buat banyak lagi. Nak bagi jiran -jiran pun boleh. Senyum manis jiran kita.

 

RESEPI CHEESEKUT NESTUM

Kalau da rasa bosan makan kek batik, bolehlah cuba resepi cheeskut nestum ni pula. Confirm anda tak akan puas makan sekali, lebih-lebih lagi kalau cheesekut yang sejuk. Fuhhh delicious!!!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 250gm Cream Cheese
  • 1/2 Tin susu pekat manis
  • 1/4 Cawan susu segar
  • 1/2 Paket biskut cream cracker (boleh pilih nak guna duluxe cracker/ biskut cheese)
  • Nestum : Kegunaan untuk tapur bahagian atas kek (tiada dalam gambar sebab pada mulanya nak guna holick tapi tak menjadi)

CARA-CARA PENYEDIAAN CHEESEKUT NESTUM :

▶️ Mula-mula sediakan 250gm cream cheese. Pukul cream cheese hingga kembang.Jika tiada mixer guna je hand whisk. Tapi kena pukul lama sedikit.

▶️ Masukkan susu pekat manis.

▶️ Masukkan susu segar (agak-agak dalam 1/4 cawan). kemudian kacau sehingga rata.

▶️ Celup biskut dalam susu segar sebentar sahaja bukan rendam Kemudian susun biskut yang telah dicelup kedalam bekas.

▶️ Lapiskan biskut dengan cream cheese secara berselang seli. Susunan seperti (Biskut-cheese-biskut-cheese) sehingga habis untuk lapisan akhir.

▶️ Terakhir sekali taburkan bahagian atas dengannestum atau apa-apa sahaja seperti milo, koko, oreo, nescafe dan lain-lain lagi. Dan boleh simpan didalam peti sejuk. Selepas 3-4 jam sejuk barulah dipotong.

 

BACA JUGA: Cara Buat Golden Ball Ala Sushi King. Follow Resepi Awesome Ni, Comfirm Jadi!

 

Wah! mudahkan buat cheesekut nestum ni. Dah siap tu confirm tak sabar nak tunggu cheesekut nestum sejuk. Makan sejuk-sejuk ni hurm! jilat jarilah jawabnya. Pemanis mulut yang pastinya anda nak lagi dan nak lagi.

Pada para penggemar cheese apa tunggu lagi. Dah boleh cuba buat rasanya. Dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan rakan-rakan anda.

Harap-harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Resepi cheesekut nestum yang mudah ini best makan petang-petang bersama keluarga tersayang, tak pun boleh buat penyediaan potluck dekat office. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open