Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Golden Ball Ala Sushi King. Follow Resepi Awesome Ni, Comfirm Jadi!

Golden ball
0 3,089

Kalau pergi sushi king, apa makanan wajib yang korang akan ambil? Kalau saya, golden ball adalah makanan wajib yang akan saya ambil. Memang favourite satu family dan confirm akan habis licin.

Bagi yang suka makan golden ball macam saya, nak beli selalu risau juga duit banyak melayang kan. Tapi, bile tekak rasa teringin belikan jugak satu dua untuk hilangkan rasa. Sejak pkp lah, pkpb dan kemudian pkpp ni nak keluar rumah memang sangat lah tak rajin.

Jadi, beberapa hari ni lalu dekat wall facebook ada yang kongsikan resepi buat golden ball macam dekat sushi king. Setelah diamati, taklah sukar mana nak hasilkan golden ball ni kan.

Terima kasih kepada Cik Puan Adelina Ainuddin sebab sudi kongsikan resepi buat golden ball yang simple dan sedap ni. Kita yang baru nak belajar, boleh cuba buat golden ball ikut step yang saya kongsikan ni.

Resepi macam ni, nak buat untuk makan petang memang sesuai. Bila bahan-bahan yang digunakan banyak, jadi kita nak makan pun rasa puas. Buat sendiri rupanya lebih berbaloi bila satu family suka.

 

RESEPI GOLDEN BALL SUSHI KING

Dalam banyak-banyak resepi yang ada di sushi king, golden ball ini antara yang paling mudah nak buat.. Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak hasilkan golden ball yang sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 7 batang crab stick
  • 5 sudu Mayonis
  • 4 biji telur ( rebus )
  • 2 biji telur ( kocak )
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk black pepper
  • Tepung Gandum
  • Breadcrumbs

CARA PENYEDIAAN GOLDEN BALL :

▶ Mula-mula sekali, rebus sekajap crab stick. Dalam seminit sahaja lebih kurang.

▶ Seterusnya potong atau hiris nipis crab stick. Hancurkan kemudian satukan dengan mayonis. Gaulkan semua  sampai sebati.

▶ Sementara tu, rebus telur sehingga masak sepenuhnya.

▶ Kemudian, kocak telur, gaulkan dengan garam dan sebuk lada hitam. Kacau sebati.

▶ Sediakan bahan-bahan untuk coating.

▶ Ambil telur rebus, kupas kulitnya. Golekkan dalam telur, dan gaulkan dengan tepung gandum. Ikut step dibawah ni ye :

Coating 1 – telur dan tepung gandum

Coating 2 – telur dan tepung gandum

Coating 3 – telur dan tepung gandum

Coating 4 – telur dan breadcrumbs

Coating 5 – telur dan tepung gandum

Coating 6 – telur dan breadcrumbs

▶ Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng telur yang disalut tadi sehingga bertukar warna keemasan.

▶ Bila dah sejuk sikit, belah dua telur tersebut. Letakkan adunan crab stick dan mayonis di atas telur tersebut.

▶ Picit mayonis untuk nampak lebih menarik.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Buat Aruz Billaban Makanan Arab Mesir. Follow Resepi Ni Serious Sedap!

 

Golden ball ni sedap dimakan jika ianya sejuk. Jadi, cadangan sya kalau nak buat golden ball ni, boleh simpankan sekejap dalam peti sejuk sebelom ianya dihidangkan buat minum petang.

Resepi yang simple dan mudah tapi ramai yang suka. Bila dapat makan, memang tak cukup 1 bahagian seorang. Kalau tak percaya bolehlah cuba.

Selain nak buat makan sendiri, ada juga yang buka jualan. Jana pendapatan dengan golden ball ni. Costingnya juga murah, nak buat pun mudah. Saya harap perkongsian resepi golden ball ni dapat berikan manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open