Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Kuey Teow Ladna Penuh Dengan Seafood Fresh. Resepi Meriah Lagi Enak. Confirm Buat Anda Terliur!
Kuey Teow Ladna sangat enak dan mudah dibuat. Hidangan lengkap dalam satu pinggan. Ditambah pula dengan hidangan kuey teow ladna yang penuh dengan sayur-sayuran yang menjadi keutamaan dalam pemakanan harian kita.
Kuey Teow boleh dimasak dengan pelbagai cara dan resepi. Biasanya resepi ni kalau nak makan order kat kedai je. Kuey teow ladna ni antara kegemaran ramai orang disebabkan rasanya yang sangat menyelerakan. Dapat pula seafood yang segar-segar fuhh!
Apa yang menyelerakan tu? Tentunya “kuah” untuk kuey teow ini. Kuahnya berwarna jernih tetapi sedikit coklat hasil dari warna sos tiram. Bagi mereka yang pertama kali memakannya pasti rasa nak lagi. Yang pastinya, kuey teow landa ni wajib dimakan semasa panas sebab bila dah sejuk akan kembang dan muak pula jadinya.
Kali ini, resepi yang akan dikongsi adalah resepi daraipada Cik Puan Noor Atika Mohamood melalui facebooknya. Anda cuma perlu mengikuti langkah-langkah memasak yang diberikan.
Boleh mula mencuba resepi ini mengikut selera anda. Buat sendiri lebih puashati, nak makan seberapa banyak pun takde masalah.
RESEPI KUEY TEOW LADNA
Mungkin lain orang lain cara memasaknya. Apapun, kuey teow landa ni pasti membuatkan anda nak lagi. Bahannya sangatlah mudah dicari dan cara penyediaannya pun sangatlah ringkas.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 paket kuey teow
- 1 keping dada ayam
- 250gm sotong
- 300gm udang
- 4 biji bawang putih (diketuk)
- 1 batang karet
- 1 paket putik jagung
- 1 pokok kecil bunga kubis
- 1 pokok sawi pak choi
- 2 biji tomato saiz kecil (belah 6)
- 1 sudu makan black pepper (ditumbuk)
- 1 kiub ayam
- 5 tangkai cili padi
- 3 sudu makan sos tiram #JALEN
- 5 sudu kicap manis #JALEN (untuk gaul kuey teow)
- Air bancuhan tepung jagung
CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW LADNA :
▶️ Cuci dan toskan kuey teow, Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
▶️ Cara penyediaan kuah. Tumiskan bawang putih yang diketuk. Masukkan ayam, kacau goreng sampai air kering. Kemudian masukkan sotong & udang.
▶️ Masukkan sos tiram (jenama jalin) dan air. Kacaukan.
▶️ Bila kuah dah mendidih, masukkan karet, bunga kubis dan putik jagung. Kemudian masukkan blackpepper dan kiub ayam.
▶️ Perlahankan api, masukkan air bancuhan tepung jagung & terus kacau sampai sebati. Bila kuah mulai memekat blh masukkan sawi, tomato dan cili padi. Kacau sekejap sehingga sebati dan boleh matikan api. Kuah dah siap. Bolehlah dihidangkan bersama-sama kuey teow yang telah digoreng tadi.
BACA JUGA: Resepi Cheesekut Nestum Yang Tak Perlu Bake. Confirm Menjilat Jari!
Wow, Dah siap! Senangkan caranya. Ingat! Resepi ni sedap dimakan panas-panas tau. Boleh perah limau masa nak makan tu (sebagai pilihan) bagi mereka yang suka masam-masam. Berbaloi buat sendiri, boleh letak apa yang kita suka. Opps! sebelum terlupa, kalau tak nak pedas bolehlah asingkan cili tu ye.
Sungguh meriah resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Atika Mohamood. Tapi pada sesiapa yang alergik seafood boleh masukkan ayam sahaja. Pasti penggemar sup dan seafood terliur dengan gambar resepi ni.
Sudah pasti bila anda mencuba resepi kuey teow ladna ni, anda tak perlu lagi keluarkan duit untuk membeli kuey teow ladna di kedai. Anda boleh memasaknya sendiri dirumah dan makan bersama keluarga tersayang. Selamat Mencuba!