Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Yang Simple Dan Sedap. Confirm Licin Pinggan Dibuatnya! 

0 436

Daging korban banyak lagi kat rumah? Apa kata korang cuba resepi daging masak merah ala Thai ni. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya! Merah tak semestinya pedas ye. Anak-anak pun boleh makan lauk ni. Silap hari bulan, esok dan esoknya mesti diaorang request lauk ni lagi.

Actually, daging masak merah ala Thai ni perlu di rebus terlebih dahulu menggunakan pewarna merah. Boleh juga di rebus menggunakan pressure cooker untuk dapatkan daging yang lembut dan sedap di makan. Kalau daging liat, rasa sedap macam mana pun tetap spoil rasa nak makan.

Bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan daging masak merah ni mudah je di perolehi. Korang tak perlu beli banyak bahan pun. Sebab antara bahan memasak yang diperlukan merupakan bahan memasak yang biasanya tersedia di dapur korang.

Tak semestinya makan daging masak merah Thai ni kena makan kat kedai. Korang boleh juga buat sendiri di rumah. Macam mana cara nak buat? Korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Siti Zanzuriyanti Zidi. Confirm korang nak lagi. Tak renyah ye cara penyediaannya.

Sebelum terlupa, air rebusan daging tidak boleh di buang. Korang akan gunakan untuk buat kuah daging masak merah ni nanti. Kuantitinya terpulang ikut citarasa masing-masing. Kalau takde kuah, kering pula nasi time nak makan nanti kan. Boleh campur juga dengan sayur kacang panjang kalau korang suka.

 

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Resepi pun dah ada, apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Kalau dah lengkap semua bahan, makan malam nanti bolehlah korang masak lauk ala-ala Thai ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daging – direbus dulu dengan pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih – diketuk/ kisar
  • 3 biji cili padi/ cili besar – dipotong
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • 1/2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos ikan
  • Air rebusan daging
  • Tomato
  • Bawang Holland
  • Garam/ gula/ perasa

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK MERAH ALA THAI :

▶️ Rebuskan daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.

▶️ Panaskan sedikit minyak. Goreng daging yang direbus tadi. Angkat dan ketepikan.

▶️ Menggunakan minyak yang sama. Tumis bawang putih, cili kisar, sos tomato, sos tiram dan sos ikan sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan daging dan air rebusan daging.

▶️ Masukkan bawang Holland.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Teh Rempah Paling Sedap Dan Power. Confirm Ketagih Dibuatnya! 

 

Kalau nak letak carrot, saderi dan kacang panjang pun boleh. Takde lah korang kena masak sayur lagi nanti. Tinggal dadar telur je dah siap! Lengkap lauk kita dengan sayur dan daging. Barulah syok nak makan kan. Dalam resepi ni tak letak sayur ye, nak letak pun takde hal. Lagi bagus.

Raya ni mesti ramai yang buat korban kan. Peti sejuk pun mesti banyak daging. Kalau dah tak tahu nak masak apa, korang boleh cuba resepi ni. Daripada makan kat kedai, elok dan lebih jimat masak sendiri kat rumah. Resepi pun dah ada, follow je sebijik-sebijik kat sini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Zanzuriyanti Zidi kerana sudi berkongsi resepi daging masak merah ala Thai ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Banyak lagi resepi menarik yang ada kat blog ni. Tinggal follow je. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open