Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tapioca Fruits Dessert Yang Marvellous. Sedap Makan Sejuk-Sejuk Keluar Dari Peti!
Hari-hari rasa nak makan benda sejuk dan manis. Kalau ada dessert yang dah siap dalam peti kan bagus. Bila-bila masa nak sejukkan tekak, boleh je ambil dalam peti. Jom try resepi tapioca fruits dessert ni. Confirm lega rasa tekak bila makan nanti.
Dessert ni boleh tarik perhatian anak-anak untuk makan buah. Kekadang beli la banyak-banyak buah kat rumah tu. Selagi kat buang kulit, selagi tu anak-anak tak makan. Semua benda nak sedia terhidang atas meja kan.
Sebelum buah-buah tu jadi busuk dan rosak macam tu je, elok korang buat dessert macam tapioca fruits ni. Confirm berebut anak-anak nak makan nanti. Dessert ni sesuai jugak hidang bila ada jamuan ye. Tetamu pun suka!
Resepi tapioca fruits dessert ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Ramai yang cuba resepi ni. Mesti sedap makan sejuk-sejuk kan. Campur nata de coco dan buah segar lagi sedap.
Pilih je buah manis-manis masam tu. Sebab kuah dessert ni dah ada manis susu dan gula. Kalau lawankan dengan buah yang masam-masam manis lagi sedap. Boleh je adjust manis kuah kalau korang nak. Boleh kurangkan susu dan jugak gula.
RESEPI TAPIOCA FRUITS DESSERT
Dessert ni tak guna banyak bahan pun. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan tapioca fruits dessert ni. Step by step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 tin susu cair
- 1 cwn gula
- 1/2cwn sagu
- Buah-buah segar/ buah dalam tin (potong dadu)
CARA PENYEDIAAN TAPIOCA FRUITS DESSERT :
▶️ Masak 2 bahan susu cair dan gula dalam periuk hingga mendidih. Dah didih tutup api.
▶️ Tapis masuk dalam satu bekas. Titis pewarna kuning sikit. Tak nak letak pun ok je. Simpan dalam peti sekejap.
▶️ Sementara tu kita masak sagu pulak.
▶️ Cuci sagu dan toskan sekejap. Masak 1 cwn air hingga mendidih.
▶️ Tuang sagu dalam air didih. Kacau dan masak hingga sagu nampak jernih. Tutup api.
▶️ Tuang dalam tapis. Siram air paip dan toskan sekejap. Keluarkan susu tadi dari peti sejuk.
▶️ Masukkan sagu dan kacau perlahan.
▶️ Sediakan buahan segar atau buah-buahan dalam tin. Ikut nak letak buah apa pun boleh.
BACA JUGA : Resepi Sardin Homemade Yang Confirm Sedap. Sekali Cuba Mesti Nak Repeat Lagi!
Dah siap! Sedap weh. Anak-anak yang tak suka makan buah, boleh la try bagi dessert macam ni. Mesti anak-anak jadi suka. Silap hari bulan, minta mak buat lagi dan simpan dalam peti. Dessert ni nampak macam cocktail kan.
Glamor betul nama dessert ni. Tapioca fruits dessert. Tengok la hasilnya, letak banyak buah lagi sedap. Rasa fresh dan nikmat bila lalu kat tekak nanti. Nak makan dessert ni lepas makan nasi pun sesuai.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi tapioca fruits dessert yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!