Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Lapis Guna Acuan Apam. Nampak Comel Sebab Lain Dari Yang Lain!

Kuih lapis lembut dan sedap
0 2,214

Lamanya rasa tak makan kuih lapis warna merah putih ni. Bulan puasa dah nak dekat ni, mesti ramai yang jual kuih waktu bazar Ramadhan kan. Buat makan untuk berbuka dan moreh nanti.

Ada juga bila bulan puasa lebih suka buat sendiri. Baru rasa puas hati dapat makan banyak-banyak dan tak berebut. Nak-nak lagi kalau satu rumah memang suka makan kuih lapis ni. Lambat makan memang sekian lah jawabnya.

Boleh buat sendiri, sebab tak susah nak hasilkan rasa yang sedap tu. Bagi saya, suka sangat lah kalau dapat yang layer dia tidak terlalu tebal dan tidak juga nipis sangat. Sebab akdang-kadang suka makan by layer. Baru ada nikmat. Hehe

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Badariah Abdrahman ni, boleh masuk list resepi wajib kita buat. Tak kira bulan puasa atau untuk hidangan minum petang pun boleh.

Paling menarik, resepi yang saya kongsikan ni ajar buat kuih lapis tug una acuan apam tau. bukan guna loyang seperti biasa. Mungkin senang untuk makan sorang satu, senang nak bahagikan dengan anak-anak.

 

RESEPI KUIH LAPIS

Kuih lapis ni memang tak jemu nak makan tau. Rasa lemak manis dia memang buat kita ralit je makan by layer. Sedar-sedar eh dah habiss.. Nanti siapa nak buat follow resepi ni ye. Simple dan mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS :

▶ Mula-mula, masak gula dengan santan cair. Sampai dia panas, dan berwap. Jangan sampai mendidih sangat-sangat. Agak-agak gula larut boleh tutupkan api.

▶ Sejukkan sekejap, kemudian masukkan tepung. Ayak semua tepung dan masukkan ke dalam acuan. Kacau sampai acuan nampak pekat sikit.

▶ Seterusnya, bahagikan kepada dua bahagian. Satu bekas, celupkan sedikit pewarna merah atau titiskan sirap ros.

▶ Satu bekas lagi biarkan warna putih atau plain.

▶ Panaskan periuk kukus dan sediakan acuan.

▶ Oles acuan dengan minyak untuk memudahkan ianya untuk keluar nanti.

▶ Masukkan adunan putih, kukus selama 5-7 minit. Masukkan pula adunan satu lagi. Kukus lagi selama 5-7 minit. Selang seli sehingga sampai ke paras acuan.

▶ Bagi lapisan terakhir, Kukus selama 10  minit.

▶ Dah siap masa, biarkan sejuk sekejap. Baru keluarkan daripada acuan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Simple. Buat Campur Sayur, Lengkap Sumber Protien!

 

Kalau perasan, ramai yang jual kuih lapis ni. Jadi bila kuih lapis dia versi kreatif atau versi bunga macam ni, bolehlah tarik minta pelanggan untuk cuba dapatkan kerana kecomelannya.

Bila kita dah tahu macam mana nak buat, senanglah kita nak masuk dapur bila ada yang minta atau terasa nak makan kuih lapis macam ni.

Saya harap perkongsian resepi kuih lapis ni memberikan manfaat kepada semua yang baca ni dan berjaya buat kuih lapis yang sedap dan awesome! Selamat mencuba.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open