Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Phat Phet Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

0 14,775

Ada yang pernah masak ayam Phat Phet tak? Resepi ni asalnya dari negara seberang Thailand. Boleh di masak menggunakan apa-apa saja jenis lauk samada ayam, sotong, udang, daging dan ikan. Rasanya sangatlah enak! Bercampur dengan rasa pedas, sedikit masam, masin dan manis.

Dapat makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas memang umphhh sangat! Terbukti orang Malaysia memang gemar dengan masakan Thailand. Kat Malaysia ni memang banyak restoran-restoran Thai yang terkenal. Dan hampir semua restoran di penuhi ramai orang.

Bila hujung-hujung minggu, kedai-kedai Thai waktu malam biasanya akan ada ramai orang. Tekak orang Melayu ni sangat serasi dengan masakan Thai dan Indonesia. Korang pun mesti suka kan. Kalau pergi Restoran Thai, confirm nak makan hidangan yang ada 3 rasa. Masam, manis dan pedas!

Untuk resepi ayam Phat Phet ni, ianya sangat sesuai dihidang untuk makan tengari dan malam. Di tambah pula dengan telur dadar. Confirm terangkat dibuatnya! Tak perlu dah lauk lain. Korang boleh makan ayam Phat Phet ni macam tu je. Sebab dałam lauk ni dah tersedia sayur kacang panjang.

Yang nak cuba masak ayam Phat Phet ni. Apa kata korang follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Miza Ramli Full ni di Facebook. Resepi ni viral dan ramai orang suka tau. Korang nak gantikan dengan sotong, udang atau lauk lain pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

 

RESEPI AYAM PHAT PHET

Masak ayam Phat Phet ni rasanya semua orang boleh makan. Sebab korang boleh adjust tahap pedas ikut citarasa masing-masing. So, Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500gm ayam (dipotong kecil)
  • 8 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 20 biji cili padi atau lebih – Nak cantik guna semua warna merah
  • 5 batang serai (dipotong halus) *
  • 5-6 keping daun limau purut
  • 15gm garam
  • 20gm gula
  • 5gm secukup rasa
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 1 tsp lada hitam di tumbuk – Optional (lagi sedap kalau letak)

**Untuk bahan perasa seeloknya letak sikit demi sedikit ye, sebab taste setiap orang tak sama.

CARA PENYEDIAAN AYAM PHAT PHET : 

▶️ Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air.

▶️ Panaskan minyak, jangan terlalu banyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian, kacau sebati.

▶️ Masukkan ayam dan kacau lagi.

▶️ Masukkan daun limau purut, biarkan sehingga ayam masak dan kuah sedikit kering.

▶️ Masukkan jus limau nipis. Kacau lagi sebati.

▶️ Masukkan kubis bunga dan kacang panjang. Gaul sebati.

▶️ Tutup api. Jangan bagi sayur overcooked, nanti tak sedap. Siap!

 

BACA JUGA : Mudah Sangat Buat Sosej Ayam Tambah Sayur Ni. Lebih Sihat Untuk Anak-Anak Makan!

 

Siap untuk dihidang. Nak dapatkan tips ayam Phat Phet yang cantik. Korang kena gunakan satu jenis warna cili je. Contoh guna semua warna merah. Masak Phat Phet ni lagi sedap kalau di masak pedas tau. Orang kata, lagi pedas, lagi sedap. Kalau ada rebung jeruk masukkan dalam ni lagi umphhh.

Simple sangat cara penyediaanya! Bila-bila nak makan masakan Thai, korang boleh try resepi ni juga. Confirm nak lagi bila dah cuba sekali. Saya tak perna lagi order masak Phat Phet ni kat kedai Thai. Mungkin tak pernah jumpa dalam menu. Korang boleh cuba je kat rumah nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Miza Ramli Full kerana sudi berkongsi resepi ayam Phat Phet ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share kat kawa-kawan atau sedara mara. Selamat mencuba semua! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open