Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kerabu Pucuk Paku Yang Mudah Dibuat. Sedap Makan Macam Tu Je!

0 269

Dah lama rasa tak pegi pasar. Kali ni nak beli banyak sayur kampung la. Sebab aku nak try buat resepi kerabu pucuk paku. Kerabu ni korang nak makan macam tu je pun boleh. Purgh, memang sedap sangat ye!

Kerabu pucuk paku ni bukan dibuat menggunakan sayur semata. Korang kena rebus ikan. Hancurkan dan masuk sekali dalam kerabu. Jangan lupa letak cili api, baru la syok nak makan kerabu pedas-pedas nanti. Layan dengan nasi pun boleh.

Kat sini jarang sekali aku jumpa orang masak tumis sayur pucuk paku. Kat tempat aku, sayur pucuk paku ni sedap di masak tumis belacan. Kalau kat rumah, memang kena masak banyak-banyak sayur ni. Sebab satu family aku suka.

Korang yang suka makan kerabu untuk penambah selera dałam hidangan kena try resepi kerabu pucuk paku yang dikongsikan oleh Cik Puan Sabariah Bahasar ni. Gaul makan dengan nasi putih, memang sedap weh!

Dalam resepi kerabu pucuk paku ni, kita akan gunakan belacan. Tapi untuk korang yang tak boleh nak makan belacan, boleh je skip part tu. Kot korang ada alergik dengan belacan. Susah pulak bila dah termakan nanti.

 

RESEPI KERABU PUCUK PAKU

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kerabu pucuk paku ni. Kalau semua bahan dah ada kat rumah, boleh la korang terus buat nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Pucuk paku dibersihkan dan celur (tos dan ketepikan)
  • 1 mangkuk taugeh di celur (tos dan ketepikan)
  • 1 ekor ikan rebus (diambil isinya)
  • 1 batang bunga kantan (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 2 bawang besar (dihiris nipis)
  • Perahan air limau
  • Gula dan garam
  • 1/2 biji kelapa parut putih*
  • Cili api*
  • Udang kering/ ikan bilis*
  • 2 sudu makan beras dibersihkan*
  • Belacan jika suka*

CARA PENYEDIAAN KERABU PUCUK PAKU :

▶️ Kesemua bahan bertanda * disangai hingga berwarna sedikit perang. Blend kasar dan ketepikan.

▶️ Satukan pulak kesemua bahan termasuk bahan sangai tadi. Gaul rata hingga sebati.

▶️ Rasa dulu masam, manis dan masin kerabu ni, barulah dihidang. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Apam Pisang Cheese Yang Lembut Dan Gebu. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang! Dah boleh layan kerabu ni dengan nasi putih atau makan macam tu je. Makan sayur fresh macam ni elok ye. Banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Yang penting, kurangkan minyak dalam masakan.

Buat kerabu ni banyak-banyak. Takut semua berebut nak makan nanti. Kerabu ni sesuai untuk korang yang nak diet, yang suka makan sayur dan suka makan ulam-ulaman. Makan ni je pun boleh kenyang ye. Kalau letak mangga lagi sedap!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Sabariah Bahasar kerana sudi berkongsi resepi kerabu pucuk paku ini di Facebook. Semoga resepi ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open