Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Jilbab Ubi Stelo Sama Dengan Lepat Ubi. Lemak Manis Secukup Rasa!

0 53

Siapa suka makan kuih lepat ubi? Tengok kat gambar je dah terasa kat lidah lemak manis kuih ni. Belbab ubi, jelbat ubi semua tu kuih yang sama je. Sedap sangat rasanya! Ni dia nama lain yang aku tak pernah dengar. Resepi jilbab ubi stelo.  

Kuih lepat ubi ni sangat terkenal di kalangan orang Melayu. Lepat jugak boleh di masak menggunakan ubi dan jugak pisang. Kedua-dua kuih ni ramai penggemarnya. Sesuai dihidang untuk minum pagi dan hidangan minum petang. 

Kat tempat aku famous dengan lepat pisang. Memandangkan ada ubi keledek kat dapur, terus aku cari resepi kuih yang menggunakan ubi keledek.  Finally jumpa jugak jelbab ubi stelo ni. Teksturnya berbeza sedikit dengan lepat ubi biasa mak aku buat. 

Mesti korang tak sabar nak buat kuih ni kat rumah kan. Hujung minggu kalau rajin nak ambil daun pisang belakang rumah, boleh la terus buat kuih ni. Dapat keledek manis lagi syok nak makan. Tak cukup sebijik kuih ni masuk kat mulut. 

Resepi jelbab ubi stelo ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Wan Zunaidah Othman. Sangat mudah cara penyediaannya. Boleh buat bila-bila masak je free kat rumah. 

RESEPI JILBAB UBI STELO

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan jilbab ubi stelo ni. Lain macam nama kuih ni kan. Tengok step penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 4 cawan keledek potong kiub dan direbus
  • 3cawan tepung gandum
  • 1cawan tepung beras
  • 11/2 cawan santan
  • 1/2cawan gula
  • 3cawan air
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN JILBAB UBI STELO : 

▶️ Keledek direbus sampai empuk, toskan airnya dan ketepikan.

▶️ Semua bahan gaul sebati. Masak atas api agak-agak pekat separuh masak.

▶️ Masukan keledek tadi dan kacau rata. Dah pekat angkat.

▶️ Bila suam-suam bungkus adunan dalam daun pisang.

▶️ Kukus sampai masak. Jangan terlebih kukus nanti jadi lembik.

 

BACA JUGA : Resepi Juiciest Nugget Homemade Yang Dijamin Bersih Dan Sedap. Anak-Anak Pun Suka!

 

Dah siap pun kuih jilbab ubi stelo kita. Kuih muih lama ni nak kena sabar buatnya. Dan pandai-pandai agak. Mudah bagi yang dah biasa masak tapi agak sukar bagi yang pertama kali nak masak. 

Sekali tak jadi kena cuba lagi ye. Buat sampai menjadi! Kuih orang dulu agak mencabar jugak. Tapi kena selalu buat bagi anak-anak rasa. Supaya kuih muih kita ni tak di telan dek zaman.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Wan Zunaidah Othman kerana sudi berkongsi resepi jilbab ubi stelo yang lemak manis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open