Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Mee Sizzling Macam Dekat Food Court. Mudah Je Rupanya!

Mee Sizzling Mudah dan Sedap
0 986

Ada yang suka makan mee sizzling? Alaa, yang macam dekat food court pasaraya tu. Dapat yang pandai buat, memang sedap makan sampai habis licin dibuatnya. Telur mata separuh masa pun wajib ada sekali.

Bayangkan kalau order tu sampai ke dekat meja kita mendidih lagi. Nak makan pun seram. Gaul-gaulkan bagi sejuk sikit, makan time suam tu memang terbaik! Jangan betul-betul sejuk, nanti tak sedap.

Tapi sekarang ni nak pergi mall untuk makan macam ni memang tidaklah jawapan dia kan. Dengan covidnya lagi, memang sukar lah kedai nak buka pun. Jadi, beli barang dan buat sendiri dekat rumah.

Alang-alang dah memang ramai suka, baru berbaloi nak buat banyak untuk hidangan bersama. Nak buat gantikan makan tengah hari boleh, atau nak buat santai makan petang pun boleh.

Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Siti Norhafiza Abd Razak ni. Simple dan barang-barang yang mudah sahaja digunakan. Pergi tesco atau mydin terdekat rumah, semua barang ada.

 

RESEPI MEE SIZZLING MUDAH

Untuk yang rindu nak makan macam dekat food court tu, bolehlah cuba buat follow resepi ni. Mesti anak-anak pun suka sebab rasa dia tak pedas langsung.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam potong kecil-kecil
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Seafood sauce
  • Sayur pak choy
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering
  • Cendawan Shitake
  • Blackpepper tumbuk kasar
  • 2 sudu tepung jagung

CARA PENYEDIAAN MEE SIZZLING MUDAH :

▶ Mula-mula sekali, tumis bawang putih, halia dengan cili kering. Tumis sampai garing

▶ Dah garing, masukkan ayam. Masak sampai kering air ayam. Barulah ayam kita tak hanyir.

▶ Kemudian, masukkan ketiga-tiga kicap. Tambah sedikit air. Biarkan mendidih.

▶ Bila kuah dah mendidih, masukkan cendawan shitake yang dipotong kecil dan juga blac pepper. Kacau sampai sebati.

▶ Bancuh tepung jagung dan masukkan ke dalam kuah. Ikut kepekatan yang kita suka.

▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan sedikit gula.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama mee sizzling.

▶ Sayur pak choy tu celur sekejap dan makan bersama sebagai hiasan hidangan.

BACA JUGA: Cara Buat Gulai Pajeri Nanas Ala Kampung. Resepi Air Tangan Bonda!

Mudah je kan nak dapatkan mee sizzling yang sedap ni. Serious bila makan terbayang macam makan dekat food court tau.

Jangan lupa buat telur mata cair dan letak dalam pinggan ye. Puas hati dapat makan banyak kalau buat sendiri. Dan boleh repeat beberapa kali.

Kalau suka kuah lebih, boleh extrakan air dan bancuhan tepung jagung untuk likatkan dia. Kemudian perasakan dengan garam dan gula balik. Ada yang suka tambah daging dalam kuah juga boleh.

Simpan dulu resepi mee sizzling ni dan boleh buat bila berkelapangan nanti. Dah buat, sharekan di facebook ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open