Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Biskut Lagend Buah Kana Coklat. Boleh Letak Macam-Macam Inti Didalamnya!

0 247

Baru ni aku nampak member post kat status whatsapp biskut buah kana ni. Terus aku ingat zaman dulu. Time raya je, mesti arwah nenek aku buat. Dah lama tak makan tau biskut ni. So, hari ni aku nak share kat korang resepi biskut lagend buah kana coklat ni kat sini. 

Sebelum tu nak bagi tahu, bukan aku yang buat tau. Aku pun jumpa resepi ni kat Facebook. Nampak menarik dan ramai orang yang share. Biskut ni sebijik macam buah kana yang di keringkan. Mungkin sebab tu jugak la biskut ni di panggil buah kana. 

Aku betul-betul tertarik dengan resepi ni sebab nampak meriah hasil biskut yang dah siap tu. Cantik elok je bentuknya. Boleh dipelbagaikan inti dan warnanya pulak tu. Buah kana coklat ni memang lagend ye. Yang modern dah banyak colour. 

Resepi biskut lagend buah kana coklat ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mashitah Amin. Korang yang dah rindu Nak Makan biskut ni boleh la try buat kat rumah nanti. Buat kunyah-kunyah depan tv je nanti.

Semestinya biskut ni jugak akan jadi pilihan anak-anak. Apatah lagi bila intinya coklat. Selain daripada coklat, korang boleh pelbagaikan inti biskut ni dengan apa saja perisa jem yang korang suka. Save resepi ni untuk raya tahun depan pulak okey!

 

RESEPI BISKUT LAGEND BUAH KANA COKLAT

Nampaknya resepi biskut lagend buah kana ni tak menggunakan banyak bahan. Tak caya, korang boleh tengok bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni. Lengkap sekali dengan cara penyediaannya. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 ketul butter
  • Dua cawan tepung gandum (tambah jika doh masih lembik)
  • Satu cawan gula aising
  • Satu cawan tepung custard
  • Satu cawan tepung jagung
  • Satu biji kuning telur
  • Satu sudu kecil asen vanilla
  • 4 sudu besar serbuk coklat

CARA PENYEDIAAN BISKUT LAGEND BUAH KANA COKLAT : 

▶️ Mix butter+gula aising+telur+asen vanilla.

▶️ Masukkan tepung gandum dan jagung. Uli sampai jadi doh.

▶️ Sapukan tepung gandum dekat acuan supaya senang nak keluarkan adunan yang dimasukkan dalam acuan tadi.

▶️ Kemudian bakar, suhu ikut oven masing-masing selama 15-25minit.

▶️ Keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk, baru sapu inti kegemaran masing-masing.

▶️ Siap untuk dimakan!

 

BACA JUGA : Resepi Kerabu Pucuk Paku Yang Mudah Dibuat. Sedap Makan Macam Tu Je!

 

Baik orangnya Cik Puan Mashitah Amin ni. Beliau halalkan siapa je nak guna resepi ni untuk berniaga. Berkongsi ilmu ni bagus ye. Asbab perkongsian resepi ni mungkin boleh meringankan banyak beban yang di tanggung seseorang. 

Siap dah pun biskut lagend buah kana kita ni. Ada tak kat sini suka makan buah kana. Kita geng! Lagi-lagi buah kana yang dibuat jeruk dan buah kana merah. Sedap weh! Merah sampai ke gigi bila makan buah tu. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mashitah Amin kerana sudi berkongsi resepi biskut lagend buah kana coklat ini kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open