Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Aneka Resepi Ikan Tenggiri Air Tangan Bonda Yang Lazat. Sekali Buat Pun Senang Nak Ingat
Bila hari-hari dah makan ayam, kadang -kadang tekak terasa nak makan ikan. Selain ikan kembung, ikan tenggiri pun boleh jadi salah satu menu pembuka selera kita sekeluarga.
Nak masaka apa pun boleh, semuanya sesuai dengan rasa dan tekak melayu kita. Dekat bawah ni saya kongsikan beberapa jenis resepi yang menggunakan ikan tenggiri sebagai menu utama.
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Haa biasanya masak asam pedas ni kita akan gunakan ikan pari atau ikan kembung. Tapi ikan tenggiri juga sesuai dibuat masak asam pedas ni.
Rasa yang pedas-pedas masam ni, memang boleh buat kita ralit makan dengan nasi panas. Yang suka bendi boleh lebihkan waktu masak nanti. Bertambah selera lah nampaknya.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 4 ketul ikan tenggiri (dibasuh bersih)
- 3 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 2 cm halia
- 1 mangkuk cili kering kisar – boleh letak lebih jika suka pedas
- 3 cm belacan – guna 1cm je
- 2 cm kunyit hidup
- 1 sudu besar lada hitam
- 3 batang serai – dititik
- 1 sudu teh halba
- Daun kesum + bungan kantan
- Bendi / terung
- Air asam jawa secukupnya
- Garam + gula
- Minyak untuk menumis
** (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam dikisar sekali)
CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI :
▶ Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
▶ masukkan bahan-bahan blend tadi dengan serai. Tumis hingga garing dan pecah minyak
▶ Dah garing, masukkan gula.. agak-agak sahaja ye jangan la manis sangat.( Liza letak 1 sudu teh je)..
▶ Kemudian, masukkan daun kesum n bunga kantan..
▶ Masukkan ikan, kacau2 sikit, dan masukkan air asam jawa….
▶ Banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan kita nak buat kuah tu pekat ke cair… kalau cair sgt tak sedap pulak… jangan pula sampai masam gilerrr…
▶ Seterusnya, masukkan bendi atau terung…
▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan biar dia mendidih.
▶ tutup api dan sedia dihidangkan.
Petua:
▶ asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak…
▶ kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam sebelum nak makan… lagi lama lagi sedap sebab baru sebati rasa dia tu…
▶ lagi pekat, lagi sedap.
▶ menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup kuah dia…
▶ Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan… for sure menjadi la tuh.. hehehehe
IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Ikan tenggiri masak cuka ni lauk kegemaran ayahanda saya. Suka betul dapat makan dengan bubur nasi. Rasa dia masam-masa suka. Bila makan dengan atau bubur memang ngam.
Biasanya dalam masak cuka ni kita akan masukkan timun sebagai sayurnya. Bila makan, rangup je digigit. Jangan tersilap gigit cili, nanti bahang jadinya.
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).
- 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
- 5 ulas bawang putih
- 6 biji cili padi
- 1 sudu biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
- sikit halia
- 2 sudu Cuka makan
- Garam & gula secukup rasa
- Sikit minyak untuk menumis.
CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
▶ Ikan digaul sikit kunyit & garam.
▶ Kemudian goreng ikan tersebut. Tapi jangan garing sangat tau.
▶ Ambik periuk masukkan sikit minyak. Bila dah panas tumis biji sawi.
▶ Masuk bawang kecik dan bawang putih
▶ Kemudian, masukkan ½ cawan air.
▶ Seterusnya, masukkan cuka. Biarkan mendidih
▶ Masukkan garam, gula dan cili padi. Cili padi ni boleh dihiris sekiranya nak kan rasa pedas.
▶ Biar sekejap dan angkat.. Lauk masak cuka kita dah boleh dihidang.
Kredit Resepi: resepi ala kampung
IKAN TENGGIRI MASAK KICAP BEREMPAH
Kalau balik ke kampung, selalu minta nenek masakkan lauk masak kicap berempah. Pedas tak pedas sangat tapi rasa rempah dia anak-anak kecil pun boleh makan.
Bila dapat makan makanan ni, tak pandang kiri kanan dah. Lauk ni biasanya kuah memang tak banyak. Tapi kalau yang jenis suka kuah lebih, boleh tambah air lebih sewaktu memasak nanti.
Cubalah, pasti korang pun akan suka. Lagi sedap bila dicampur sekali dengan ubi kentang nipis.
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK KICAP BEREMPAH
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 4-5 keping isi ikan tenggiri – sebesar tapak tangan
- 1 biji bawang besar – dipotong membulat
- 2 biji buah tomato – dipotong empat
- 10 biji cili api
- Sedikit daun sup
- Asam jawa secukupnya
- Kicap secukup rasa
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar
- 3 biji cili kering – direndam dlm air panas sehingga kembang
- 1 Biji bawang merah – yg besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
Bahan-bahan rempah
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil jintan manis – yang halus
- 1 sudu kecil biji ketumbar
- Semua rempah ni digoreng tanpa minyak sehingga harum, guna api dapur sederhana besar. Tumbuk atau kisar rempah ni sehingga halus .
CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK KICAP BEREMPAH
▶ Ikan tenggiri dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
▶ Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar dan semua rempah yang ditumbuk serta biar masak hingga terbit bau wangi .
▶ Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan cili api, air asam jawa secukupnya dan terus kacau kuah .
▶ Masukkan semua ikan tenggiri , buah tomato serta kicap dan terus kacau semua bahan-bahan bagi rata, racik halus daun sup dan ditabur atas ikan dan digaul rata .
▶ Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah. Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
▶ Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing . Kalau suka pedas cili api boleh dibelah dua
BACA JUGA: Cara Buat Nasi Minyak Hujan Panas, ceria warna warni. Dah Cuba Confirm Nak Lagi!
SAMBAL BERLADA TENGGIRI
Sedapnya dapat makan sambal berlada tenggiri ni. Goreng sehingga garing sikit, gaulkan dengan sambal. Lauk sambal ikan berlada ni, kena ada pasangan berkuah seperti kubis masak lemak dicampur fucuk dan suhun!
RESEPI SAMBAL BERLADA TENGGIRI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 keping ikan tenggiri goreng (ikan apa² pun boleh)
- 7-10 biji cili masak *
- 2 biji bawang besar hiris *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 sudu besar Cuka (Boleh tukar asam keping atau limau nipis)
- garam dan aji secukup rasa
- bahan bertanda * blender kasar (3 kali tekan) jer… dpt la cili keping²
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BERLADA IKAN TENGGIRI :
▶ Mula-mula goreng ikan tenggiri.
▶ Kemudian, dengan menggunakan minyak goreng ikan tadi,
▶ Tumis bawang hiris dulu biar hingga naik bau
▶ Kemudian, baru masuk bahan blender. Tumis sampai cili agak garing sikit jangan sampai hangit pulak kan…
▶ Seterusnya, masukkan garam aji dan gula sikit untuk lembutkan biji cili
▶ Kemudian masukkan ikan goreng balik² masuk cuka
▶ Balik-balik kan ikan. Pastu tutup boleh angkat siap dan boleh hidang…
KARI IKAN TENGGIRI
Siapa yang suka makan kari, tak kira ikan apa pun pasti layan je. Nak-nak pulak dengan ikan tenggiri bertambahlah sedap. Kalau ada tetamu datang, hidangan kari paling mudah dan selamat.
Siapa yang masak ikan tenggiri kari ni, jangan lupa pasangan dia sayur campur pun dah nice. Silap-silap boleh bertambah nasi tetamu yang datang bertandang.
RESEPI KARI IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- ½ biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 sudu makan cili kisar
- 3 tangkai daun kari
- 1 sudu besar biji sawi
- Rempah kasar
- 5 sudu besar rempah kari ikan
- 5 keping ikan tenggiri
- Bendi
- Terung
- Tomato
- 2 asam keping
- Air secukup nya
- Santan RM2
- Gula
- Garam
Kredit resepi: seminit resepi
CARA PENYEDIAAN KARI IKAN TENGGIRI :
▶ Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika
▶ Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu.
▶ Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
▶ Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
▶ Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri
▶ Akhir sekali, masukkan santan dan tomato. Perasakan.
▶ Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. Selamat mencuba
Haa macam mana? Senang kan bila ada aneka resepi macam ni. Mudah nak pilih nak buat menu apa dengan bahan yang ada. Paling best sekali, setiap menu ikan tenggiri ni lengkap dengan resepi.
Kalau anda rasa perkongsian ini menarik dan memberi manfaat, jangan lupa untuk kongsikan di facebook ye!
Selamat mencuba.