Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Spaghetti Carbonara Homemade Yang Simple Dan Creamy. Licin Pinggan Dibuatnya!
Penggemar spaghetti carbonara kena try resepi ni. Sangat simple ye. Nampak tekstur kuah dia pun creamy dan menyelerakan. Jom follow resepi spaghetti carbonara homemade ni kat sini. Makan kat luar, tak puas tau! Kadang dapat yang tak sedap.
Hari ni terasa tekak nak makan spaghetti. Antara banyak-banyak spaghetti, semestinya carbonara menjadi pilihan hati. Barulah bolognese dan olio aglio. Kat rumah aku kena masak spaghetti carborana. Sebab kalau yang lain, anak-anak buah aku tak makan.
Aku ni takde la gemar sangat nak masak-masak. Lagi-lagi duduk sorang macam ni. Main beli je. Tapi, kalau nak makan spaghetii carbonara ni aku prefer buat sendiri kat rumah. Kekadang sos carbonara kat luar cair dan takde rasa.
Tengok resepi ni simple je. Tapi hasilnya sangat menyelerakan. Resepi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hamidahgaffar Exclusivedeco. Ramai tau yang share. Dah dapat 8k share kat Facebook.
Menurut beliau, resepi ni dah 3x masak untuk open house. Simple je! Kalau tengah buat open house, tiba-tiba lauk dan hidangan tak cukup bolehlah buat spaghetti carbonara ni. Sukatan resepi ni untuk 15 orang makan. Adjust je sukatan bila nak buat sikit nanti.
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA HOMEMADE
Aku suka cari resepi yang simple tapi sedap di makan. Malas nak lelama kat dapur. So, untuk korang yang baru nak cuba buat spaghetti carbonara sendiri kat rumah. Boleh follow resepi ni. Bahan-bahan dan cara penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sos prego: 3 tin (tin yang kecil)
- Buttercup : 1/2 petak
- Bawang besar : 3 biji ptong dadu
- Bawang putih (lagi banyak lagi best) : 10 -15 ulas dihiris
- Lada banggala (pakai warna warni baru cantik) : potong dadu
- Hotdog (ayam/daging) : dihiris
- Lada putih
- Lada hitam
- Cendawan butang: 1 tin
- Maggie cukup rasa/cube ayam (kalau perlu)
- Garam secukup rasa
- Air masak
CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI CARBONARA HOMEMADE :
▶️ Potong semua bahan dan ketepikan.
▶️ Panaskan buttercup, tumiskan bawang putih dan merah sampai naik bau.
▶️ Kemudian, masukkan semua bahan-bahan tadi. Masak dengan api yang kecil.
▶️ Tambahkan air masak, gaul dengan kerap ya.
▶️ Last sekali letak garam sedikit. Siap!
BACA JUGA : Resepi Biskut Lagend Buah Kana Coklat. Boleh Letak Macam-Macam Inti Didalamnya!
Siap untuk dihidang! Menu ini dah cukup pekat dan sesedap rasa dah. Tak perlu tambah apa-apa lagi. Perasa tu kalau korang suka boleh tambah. Sebab sos prego tu dah sedap. Tak perlu nak adjust rasa lagi. Senang kan.
Ini je bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kat Facebook Cik Puan Hamidahgaffar Exclusivedeco ada satu video cara masak spaghetti carbonara ni. Korang boleh follow resepi beliau kat situ. Klik je link nama beliau di peranggan atas tadi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hamidahgaffar Exclusivedeco kerana sudi berkongsi resepi spaghetti carbonara homemade yang simple dan creamy ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!