Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Peraman Madu Dan Lemon Untuk Rawat Selesema Dan Batuk. Rasa Segar Je Tekak Lepas Minum!
Panas sangat cuaca sekarang ni. Anak-anak pun selalu je demam. Senang kena batuk dan selesema. Kekadang sampai hidung pun berdarah. Hari ni aku jumpa resepi peraman madu dan lemon. Katanya, madu dan lemon ni elok untuk merawat selesema dan batuk.
Rasanya peraman madu dan lemon ni ada je jual kat Shopee dan pasaraya. Tapi tulisan kat luar tu tulisan cina. So, tak tahu halal ke tak. Tak yakin nak beli. Lebih baik buat sendiri. Cara penyediaan peraman madu dan lemon ni pun tak susah mana.
Musim-musim selesema dan batuk ni elok amalkan minuman ni. Peram dulu 2 hari dalam peti dan nikmatilah air lemon madu yang segar. Rasa fresh je bila lalu kat tekak. Biasanya peraman madu lemon ni di campur dalam air kosong ye.
Madu dan lemon masing-masing ada manfaatnya. Korang yang nak buat stok peraman madu dan lemon ni boleh la follow resepi dia kat sini. Buat stock dalam peti. So, bila ada yang tak sihat kat dalam rumah, boleh je bagi air ni. Ikhtiar kesembuhan.
Resepi peraman madu dan lemon ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Aida Md Zainuddin. Kena cuba buat ubat ni. Hari-hari boleh minum campur dengan air suam. Sedap tau! Boleh detox badan sekali.
RESEPI PERAMAN MADU DAN LEMON
Hanya perlu guna 2 bahan sahaja. Peraman madu dan lemon dah siap. Yang tak suka makan ubat batuk, ubat selesema. Ni dia ubat terbaik untuk korang. Jom follow resepi dia kat sini. Tengok step by step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Lemon dan madu sahaja
CARA PENYEDIAAN RESEPI PERAMAN MADU DAN LEMON :
▶️ Cuci dulu lemon bersih-bersih, buang kotor dan wax. Rendam garam sekejap dan cuci.
▶️ Potong hujung dan gosok hujung seluruh lemon untuk pastikan lemon betul-betul bersih untuk kita buat peraman lemon.
▶️ Peram 2 hari dalam peti dan sedia digunakan!
▶️ Hiris lemon nipis-nipis buang biji.
▶️ Ambil bekas kaca. Lapisan pertama letak madu.
▶️ Susun hirisan lemon. Tekan-tekan lemon untuk keluarkan jus.
▶️ Selang dengan madu, lemon madu sampai habis.
▶️ Dah siap! Macam ni la hasilnya peraman madu + lemon kita. Sedap ye!
▶️ Cara minum, campur je sesudu 2 madu lemon yang kita buat tadi dalam air putih. Dan siap untuk di minum.
BACA JUGA : Resepi Spaghetti Carbonara Homemade Yang Simple Dan Creamy. Licin Pinggan Dibuatnya!
Simpan resepi ni siap-siap. So, boleh share kat family mamber. Lagi-lagi untuk orang sejenis tak makan ubat macam aku. Mesti korang prefer ambil madu lemon ni dari ubat kan.
Macam mana cara nak amalkan? Ha, ambil sedikit peraman yang kita buat. Kemudian, masukkan ke dalam air suam dan kacau rata. Amalkan setiap hari, insyaAllah batuk selesema pun akan beransur pulih.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Aida Md Zainuddin kerana sudi berkongsi resepi peraman madu dan lemon ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!