Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Biskut Raya Coklat Tanpa Oven Yang Mudah Dan Sedap. Sekali Ngap Pasti Nak Lagi!

0 4,164

Pejam celik, pejam celik, bulan puasa pun dah nak habis. Mesti semua dah tak sabar nak beraya kan? Raya sakan lah korang tahun ni. Baru lepas PKP lah katakan. Semua dah buat biskut raya tak? Apa kata korang cuba resepi biskut raya coklat tanpa oven ni. Mudah sangat! Sedap pulak tu.

Resepi ni tidak menggunakan bahan yang banyak. Korang cuma perlu cairkan butter atas api ataupun menggunakan microwave. Gaul sebati semua bahan semasa butter tengah panas. Dan campurkan dengan biskut marie hancur. Gaul sebati sampai jadi adunan yang boleh dibentuk

Tak di sarankan guna biskut lain selain biskut marie sebab nanti rasa biskut raya tak sedap macam resepi ni. Pastikan juga biskut marie di hancurkan awal sebelum panaskan butter sebab kita nak gaul biskut dalam keadaan semua bahan masih panas.

Biskut yang sudah siap di bulatkan akan di masukkan dalam paper cup dan akan di salut dengan dark chocolate. Kemudian, dihias dengan chocolate flakes. Menarikkan resepi ni! Nampak macam ferrero rocher pun ada. Confirm biskut ni paling laju je habis raya ni.

Resepi biskut raya coklat tanpa oven ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Muhammad Ali. Banyak lagi resepi yang beliau kongsikan di wall Facebook milik beliau dan mendapat share yang banyak. Orang lelaki kalau pandai masak memang satu advantage tau!

 

RESEPI BISKUT RAYA COKLAT TANPA OVEN

Satu adunan (ikut sukatan bahan seperti dibawa) akan dapat lebih kurang 100 pcs cookies mini paper cup. Depends pada saiz yang korang bentuk. So, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan di bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahagian chocolate ball :
  • 200 gram Butter
  • 120 gram Serbuk koko
  • 100 gram usu Pekat
  • 300 gram Biskut Marie (dihancurkan)

 

Bahagian coating : 
  • 200 gram Chocolate compund (Dark chocolate)

CARA PENYEDIAAN BISKUT RAYA COKLAT TANPA OVEN :
Cara penyediaan bahagian chocolate ball :

▶️ Cairkan butter guna api slow.

▶️ Dah cair tutup api. Terus masukan bahan-bahan seperti susu pekat dan serbuk koko. Masa panas-panas tu kacau sampai sebati.

▶️ Microwave pun sama. Dah cair butter tu, masukan bahan lain tadi kacau sebati.

▶️ Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain nanti rasa kurang kick. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.

▶️ Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.

▶️ Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Setkan sejam dalam peti.

▶️ Lepas tu buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap. Boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat bahagian tengah.

▶️ Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.

▶️ Setkan ke dalam peti selama 10-20 minit

Cara penyediaan bahagian coating :

▶️ Cairkan 200 gram dark chocolate. Nak manis pakai milk chocolate.

▶️ Salutkan biskut tadi dengan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.

▶️ Hias ikut kreativiti or boleh pakai chocolate flakes.

▶️ Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Bila kita sentuh dia tak melekit.

▶️ Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak diluar je. Senangkan. Memang sedap tau!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Ayam Goreng Berempah Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Siap! Mudah ke susah. Lebih mudah dari nak bakar kuih guna oven kan. Bakar guna oven ni ada kelebihannya juga. Tapi, kalau suhu tak betul, boleh rosak biskut raya yang kita buat nanti. Tak rugi kalau nak cuba biskut raya coklat tanpa oven ni kan. Sedap pulak tu!

Tertarik sangat dengan resepi-resepi yang dikongsikan Encik Muhammad Ali di Facebooknya. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Tak pernah resepi yang beliau post kat Facebook tak viral. Hampir 10k share pun ada. Korang ushaa lah tengok mana yang nak cuba nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi biskut raya coklat tanpa oven ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open