Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Udang Masak Kam Heong. Serious Sedap, Makan Sampai Licin Pinggan!

0 2,152

Udang Masak Kam Heong antara masakan yang wajib saya buat kalau ada udang. Boleh dikatakan ianya merupakan pilihan utama berbanding masakan yang lain. Ada orang suka makan sambal udang, ada juga yang lebih gemar gulai udang masak lemak.

Masing -masing kan punya citarasa berbeza. Namun, masak kam heong ni tidak semestinya menggunakan udang sahaja. Nak gunakan ayam, ikan, sotong, atau lala pun boleh. Asalkan bahan dan rencah yang sama digunakan untuk buat kuahnya.

Untuk berkongsi resepi hari ni, saya petik daripada facebook milik Tuan Kamarul Ariffin Nor Sadan. Beliau ni sangat-sangat rajin kongsikan resepi yang super sedap. Bukan resepi dalam Malaysia sahaja, malah resepi luar negara pun banyak yang belaiu tahu.

Daripada facebook beliau, nampak seperti seorang yang memang suka memasak. Dan paling seronok setiap perkongsian beliau detail dan lengkap tanpa tertinggal step.

Bagi orang yang baru nak belajar memasa, follow sahaj facebook beliau. Confirm akan jadi pandai masak sekelip mata sahaja. Pernah tular beberapa kali kerana perkongsian resepi beliau. Ada yang mencecah 18,000 kali perkongsian di laman facebook. Hebat kan!

 

RESEPI UDANG MASAK KAM HEONG

Walaubagaimanapun, untuk resepi udang masak kam heong ni merupakan air tangan isteri beliau. Beliau di dapur untuk mengambil gambar sahaja bagi memudahkan korang semua faham cara nak buat udang kam heong ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • ½ kilo udang
  • 15 helai daun kari
  • 4 batang cili padi
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1-2 sudu udang kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK KAM HEONG :

▶ Mula-mula bersihkan udang dan siang ikut citarasa kita sendiri. Lain orang lain cara siangnya.

▶ Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan juga udang kering. Kisar sampai hancur.

▶ Basuh daun kari, toskan biarkan kering.

▶ Panaskan minyak, goreng daun kari sehingga garing dan naik bau.

▶ Dah wangi, masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak dan bahan sedikit garing

▶ Kalau nak lebih pedas, boleh masukkan cili padi ye. Jika tidak teruskan tumis sampai pecah minyak

BACA JUGA: Cara Buat Puding Karamel Cantik Licin Tidak Berlubang. Makan Sejuk Untuk Minum Petang!

▶ Seterusnya, masukkan sos tiram dan kicap pekat.

▶ Disebabkan terlupa nak masukkan rempah kari ni, terpaks atumis lebih lama. Rempah kari ni sepatutnya tumis bersama dengan cili kisar tadi tau.

▶ Bahan dan tumis sempurna, masukkan udang. Gaul-gaulkan supaya udang masak sekata

▶ Rasa semua dah cukup, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kam heong ni merupakan masakan kaum cina yang membawa maksud Harum keemasan sebenarnya. Baru saya tahu. Tapi bau masakan ni memang agak wangi sebab kita gunakan daun kari kan. Lagi banyak daun kari lagi sedap masakan kita.

Jadi, kepada yang nak buat masakan kam heong ni boleh ikut resepi tuan kita ni, Cuma tukarkan kepada bahan binatang yang kita nak guna. Simple tapi sedap!

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua. Semoga perkongsian ni boleh memberikan manfaat kepada korang semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open