Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Char Kuetiau Rasa Sedap Macam Kedai! Masak Satu Persatu Baru Padu!

0 2,669

Kalau malam tak rasa nak makan nasi, boleh cuba buat char kuetiau yang sedap dan awesome ni!  Bahan-bahan yang digunakan untuk buat Char Kuetiau ni memang yang ada dekat dapur je. Jadi mudah bila nak buat.

Sebenarnya nak buat char kuetiau ni susah tau. Kalau makan di kedai pun jarang nak boleh jumpa yang sedap. Ada yang cair sangat lah, ada yang rasa payau lah, ada yang bau hanyur telur lah. Boleh buat kita hilang selera tau!

Sebab tu, bila dah jumpa satu tempat kedai yang sedap memang akan repeat je lah kedai yang sama. Sampailah jumpa resepi ni. Bila cuba, rasa macam wow!! Sedap, cukup rasa dan kena dengan tekak kita.

Perkongsian resepi daripada Cik Puan Suisan Aliezasha ni berjaya buat penggemar char kuetiau untuk merasai air tangan sendiri. Bila ramai nak makan, buat lah sendiri. Tapi bila yang rasa nak makan tu kita je, lebih baik dekat kedai favourite tu. Lagi sedap!

Jom saya kongsikan bahan-bahan dan cara nak buat char kuetiau yang sedap, padu dan awesome!

 

RESEPI CHAR KUETIAU

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 paket Kuatiau
  • 1 ulas bawang putih
  • Taugeh dan kucai
  • Telur
  • Udang ( rebus dan airnya disimpan)
  • Kerang
  • 1 sudu Cili sos
  • 5 sudu Kicap manis
  • 1 sudu Kicap pekat
  • 1 sudu Sos tiram

 

BAHAN KISAR :

  • Bawang besar
  • Cili Kering

CARA PENYEDIAAN CHAR KUETIAU :

▶ Mula -mula sekali, bersihkan kerang dan rebus sehingga masak. kemudian toskan.

▶ Rebus pula udang sekejap dan air udang disimpan. Jangan dibuang ye. Sebab kita akan gunakan untuk masak char kuetiau nanti.

▶ Kemudian, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Minyak lebih pun takpa, sebab risau nanti kuetiau jadi kembang kalau kurang minyak.

▶ Seterusnya, tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar, sos cili, sos tiram kicap pekat, dan juga kicap manis.

▶ Kacau seketika, masukkan air rebusan udang. Pecahkan telur dan kacau laju-laju. Akhir sekali masukkan kuetiau, taugeh kucai, dan kerang. Kacau dalam 10 saat macam tu, boleh terus tutup api.

Bahan-bahan yang saya kongsikan dekat atas, adalah untuk hidangan 1 pinggan. Untuk buat banyak-banyak, boleh double dan triple up kan portion ye.

BACA JUGA: Rahsia Buat Bihun Sup Utara Yang Padu Dan Marvellous! Makan Dengan Cabai Merah Dia Memang Terangkat!

TIP :

▶ Nak masak char kuetiau ni kena gunakan api yang besar tau. Dan masak dia sangat sekejap. Jika barang semua dah sedia, tinggal campak-campakkan sahaja. Kerja lebih mudah dan lebih sedap rasanya!

▶ Paling sedap, buat char kuetiau ni tak boleh buat banyak-banyak sekali gus. Syarat dia buat satu persatu. Baru menjadi!

 

Waah! Macam sedap je bila nampak pada gambarnya. Mula lah sekejap lagi kita pun berperang dekat dapur buat char kuetiau ni. Sebab nak buat dia cepat, mudah dan rasa sedap.

Bila nak makan, hidangkan pulak ada telur mata special atas char kuetiau kita dan juga cabai jeruk. Confirm tak cukup 1 pinggan ni.

Kalau korang nak cuba, boleh follow je resepi Char Kuetiau sedap di atas yang saya share ni. Lengkap dan detail step by step dia.

Dah siap, hidangkan dalam pinggan bujur atau pinggan besar macam dekat kedai. Perghh! Memang layanz!

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open