Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Rendang Ayam Pedas Terangkat! Resepi Turun Temurun Nenek Di Kampung!
Bila tengok resepi rendang ayam, terus teringat waktu raya. Menu wajib ada di setiap rumah kita. Sedap betul bila makan rendang ayam dengan lemang tu.
Tapi masakan rendang ni agak sensitive sikit, cepat sangat basi kalau buat untuk raya tu. Bukan sebab apa, sebab kita pun banyak di luar, nak panaskan selalu pun tak sempat. Bila dah tahu, buat sikit je, dan lebihkan minyak.
Nak buat rendang ni ada pelbagai cara dan versi masing-masing. Ada yang suka rendang kering, ada yang suka rendang ecak-ecak, ada juga yang suka banyak kuah.
Kalau negeri Sembilan ada rendang ayam cili padi, warna hijau sikit. Serious memang sedap! Yang belum cuba memang wajib rasa. Gaulkan kuah dengan nasi panas, memang layanz terangkat!
Jom saya kongsikan macam mana cara Cik Puan Nurul Jannah Zakariar ni buat rendang ayam yang super sedap dan nampak berselera je nak makan. Dari resepi yang digunakan pun simple je!
RESEPI RENDANG AYAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 ekor ayam ( anggaran dalam 2 kg)
- 1 senduk Cili kisar
- Santan kotak atau santan segar ( santan kara kecik tu gunakan 1 kotak)
- 1 ketul gula melaka
- 1 ½ sudu besar kerisik
- 3 helai Daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- Garam ( nak guna garam kasar atau garam halus terpulang)
BAHAN KISAR :
- 6 biji Bawang merah
- 6 ulas Bawang putih
- 15 biji Cili padi (kalau nak pedas, lebihkan)
- 1 inci Halia
- 1 inci Lengkuas
- 1 inci Kunyit
- 2 batang Serai
CARA PENYEDIAAN RENDANG AYAM :
▶ Mula-mula sekali, basuh ayam bersih-bersih dan rendam sekejap dengan air yang diletakkan sedikit tepung jagung untuk hilangkan bau.
▶ Sementara tu, sediakan bahan-bahan lain. Kisar bahan kisar, daun limau dan daun kunyit diracik halus, dan buat cili kisar jika tidak ada. Blend cili kering je untuk jadikan cili kisar.
▶ Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang kita blend tadi. Tumis sampai masak atau dah naik bau.
▶ Kemudian masukkan pula cili kisar. Kacau biar sebati dan masak sampai pecah minyak
▶ Cili kisar ni pun agak-agak je, sebab risau dah pedas dengan cili padi blend tadi.
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Kacau je lagi, biarkan ayam sekata dengan semua bahan.
▶ Biarkan ayam masak seketika. Kemudian, masukkan garam. Boleh guna apa jua jenis garam yang ada.
▶ Seterusnya, masukkan santan. Masukkan 1 kotak tu, dan tambah dalam 1 setengah kotak air. Kacau rendang untuk santan sekata dalam kuah.
▶ Waktu ni kena kerap kacau sikit sebab risau bahagian bawah rendang kita hangit.
▶ Bila rendang kita dah agak kering sedikit, masukkan gula melaka. Kacau sampai gula melaka kita hancur dan larut dalam kuah.
▶ Kemudian, masukkan kerisik pula. Waktu ni penting sebab bila dah masukkan kerisik, kuah kita akan cepat mengering. Jadi keep kacau dan kacau.
▶ Dah sebati gula melaka dan kerisik tadi, taburkan daun limau dan daun kunyit yang kita dah hiris halus tadi.
▶ Masak sekejap sampai daun-daun tu dah layu, barulah tutupkan api.
BACA JUGA: Cara Buat Daging Masak Hitam Ala Kenduri Yang Sedap. Tip Mudah Hilangkan Bau Daging!
Fuuh! Memang sedap rendang ni dimakan panas-panas. Selain nak makan dengan nasi putih yang panas, kalau ada orang jual lemang tepi jalan atau kaalu ada ketupat palas tu makan dengan rendang ni memang padu!
Kalau tak ada jugak, tanak pulut sekali atas dapur api kita tu. Petang-petang boleh makan pulut denagn rendang. Bukan mak ayah je, tapi anak-anak pun suka makan lauk masakan rendang ayam ni.
Untuk yang nak mula belajar masak rendang, boleh follow resepi rendang ayam pedas yang saya share dekat atas ni ya. Mudah dan simple je. Paling best, sekali buat je pun insyaAllah boleh jadi sedap!
Selamat mencuba!