Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia Buat Bihun Sup Utara Yang Padu Dan Marvellous! Makan Dengan Cabai Merah Dia Memang Terangkat!
Kalau pergi area utara tak pekena bihun sup sana memang tak sah lah jawabnya! Makanan wajib cuba sebab resepi sup mereka berbeza dengan kita di negeri lain ni.
Selain laksa, nasi kandar penang, untuk bahagian utara ni wajib cuba makan sup dia. Serious sedap dan padu!
Tapi sekarang ni tak payah ke utara sana nak makan sup mereka yang super power ni. Dah ramai orang Kedah yang pindah ke sini, bukak kedai dan jualkan sup utara. Rasa dia memang sama!
Tak lupa juga ada ramai orang Kedah yang baik hati, yang sudi kongsikan resepi sup mereka di sana. Baik peniaga ke, suri rumah, semuanya berhati murni.
Jadi, dalam pada kita nak belajar cara nak buat sup utara tu, boleh follow resepi Tuan Zaini Talib kita ni. Detail lengkap satu per satu diajar untuk kita mudah faham dan berjaya hasilkan rasa sama macam orang utara punya.
Jom saya kongsikan resepi, bahan-bahan dan cara nak buat sup utara ni. Untuk bihun sup ni, saya gunakan tulang. Tapi kalau tak ada boleh gunakan daging je macam biasa. Jika ada tulang adalah sebaiknya!
RESEPI BIHUN SUP UTARA
Bahan- bahan yang diperlukan adalah:
- Bihun Sup Utara
Bahan bahan bihun :
- 1 paket bihun
- 1 sudu kunyit
CARA PENYEDIAANYA :
▶ Panaskan air dan masukkan bihun. Tabur serbuk kunyit supaya bihun kita bertukar warna menjadi kuning.
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :
- 1 kilo tulang dicampur sedikit daging
- 2 batang serai (diketuk)
- 2 inci Halia lebih kurang diketuk
- 4 ulas bawang putih ditumbuk
- 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
- 1 batang kulit kayu manis
- Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
- Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
- 3 bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- Sedikit batang daun sup
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN SUP TULANG :
▶ Mula-mula sekali, masukkan semua bahan- bahan dalam sup.
▶ Masak daging sampai empuk. Boleh juga gunakan pressure cooker dulu untuk empukkan daging dengan lebih cepat.
▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
TIP:
▶ Untuk dapatkan rasa sup yang sedap, bila sup dah masak, masukkan bawang goreng ( bawang merah dan bawang putih yang digoreng) ke dalam sup.
Nak makan bihun sup kena ada pedas- pedas sikit baru lah terangkat! Ada yang suka gunakan cabai hitam, ada juga yang suka makan dengan cabai merah. Untuk sup utara ni, saya kongsikan cabai merah ye.
BACA JUGA: Cara Buat Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Rahsia Goreng Ayam Rangup Di Luar Tapi Juicy Di Dalam!
BAHAN-BAHAN CABAI MERAH
- Cili kisar
- bawang putih
- bawang merah kecil
- Asam keping atau air asam jawa atau cuka
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN CABAI MERAH :
▶ Mula-mula tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih.
▶ Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang tadi sampai garing.
▶ Seterusnya masukkan cili dan masak sampai pecah minyak.
▶ Masukkan asam keping atau sedikit cuka. Perasakan dengan gula dan garam. Gaul sebati semua bahan.
▶ Kalau tak nak masukkan gula, boleh masukkan sedikit sos cili.
▶ Rasa semua dah lengkap, boleh tutup api. Sejukkan sekejap!
CARA HIDANGAN BIHUN SUP UTARA!
- Sediakan Bihun 1 mangkuk
- Masukkan sup tulang kita
- Taburkan Daun bawang
- Daun sup
- Lobak masin
- Bawang goreng
- Letakkan sedikit cabai merah.
Sedap dimakan waktu panas-panas dan musim hujan. Fuuh! Memang terangkat bila dah masuk suapan yang pertama. Kalau kita nak buat sup ni untuk makan tengah hari bersama nasi putih dan telur dadar pun boleh.
Lebihkan kuah supaya banyak, sampai ke petang celur bihun dan sediakan untuk minum petang. Hidangkan dengan teh o panas. Semua orang akan suka!
Jom yang mana baru nak belajar buat bihun sup cara utara ni, boleh follow je resepi yang Tuan kita ni kongsikan. Mudah je kan nak buat dia.
Saya ucapkan selamat mencuba!