Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kaswi Tergedik-Gedik Yang Viral Dan Sedap. Setiap Hari Rasa Nak Makan Dibuatnya!
Sekali je aku rasa kuih kaswi tergedik-gedik ni, terus aku suka. Lebih lembut dari kaswi biasa yang aku makan. Sebab tu orang panggil kuih ni kuih kaswi tergedik-gedik. Lembut sangat tekturenya.
Ada sorang budak kat taman ni, dia jual kuih kaswi tergedik ni. Sedap tau! Aku teringin juga nak minta resepi kat dia. Tapi malu menguasai diri. Tu yang aku cuba cari resepi kuih kaswi tergedik ni kat Facebook.
Kuih ni pernah viral sebelum ni. Comel giler bentuknya. Teksturenya pulak lembut dan licin. Tergoyang-goyang bila nak masuk kat mulut. Letak kelapa fresh lagi sedap. Sekali ngap masuk kat mulut.
Aku plan memang nak cuba buat kat rumah. Tu aku save siap-siap resepi yang Cik Puan Che Azawimie Che Zahari share ni. Teringin nak buat sendiri. Resepi pun nampak senang dan mudah di faham.
Musim viral kan. Dulu aku tak pandang pun kuih ni, erhh sekarang dah jadi trend. Yang tak suka pun, boleh jadi suka. So, yang nak cuba jom la follow resepi Cik Puan Che Azawimie Che Zahari ni kat sini.
RESEPI KASWI TERGEDIK-GEDIK
Kuih ni korang boleh pelbagaikan warna dan rasanya. Boleh guna daun pandan, gula Melaka, perisa jagung, keladi, rose dan macam-macam lagi. Ha, meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula pasir. Nak kurangkan manis, just kurangkan gula je.
- 1 sudu makan air kapur
- 300ml air.
- 300ml santan
- 1 sudu teh garam
Bahan-bahan untuk perisa dan warna :
- Perisa pandan (7 helai daun pandan + 300ml air. Blend & tapiskan).
- Perisa gula merah (1/2 cup gula merah + 300ml air. Masak sampai mendidih dan sejukan dulu).
- Kuning + perisa jagung.
- Merah + perisa sirap rose.
- Unggu + perisa keladi.
CARA-CARA PENYEDIAAN KASWI TERGEDIK-GEDIK :
▶️ Campurkan kesemua bahan. kacau dan tapiskan.
▶️ Masuk dalam acuan. Sebelum tu sapu sedikit minyak.

▶️ Kukus 20 minit dengan api sederhana.
▶️ Nyior pula campurkan sedikit garam + kukus selama 2 minit sahaja.

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Air Lemon Tea Pudina Yang Paling Sedap. Rasa Fresh Je Bila Minum Nanti!
Senang je kan! Kuih ni korang nak buat niga pun boleh. Laju habis! Budak kat taman aku tu pula, dia buat kuih kaswi ni dengan 2 cara. Letak kelapa parut dan lemak santan. Ala-ala kuih nona manis gitu. Sedap tau! Rasa lemak manis kuih ni.
Sebelum ni kuih kaswi yang aku jumpa bentuk segi empat je. Yang ni ada acuan khas dia sendiri. Memang menarik! Sesuai juga buat kuih majlis kenduri kat rumah.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Che Azawimie Che Zahari kerana sudi berkongsi resepi kaswi tergedik-gedik yang viral dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!