Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Ini Semua Resepi Mamak Yang Wajib Kita Cuba! Kari Sotong Paling Padu!

0 2,353

Ada yang suka makanan mamak? Dari nasi kandar ayam goreng mamak, ayam tandoori, atau kari sotong yang padu tu. Fuuh! Kalau sekali pergi makan mamak, memang rasa macam semua hidangan nak makan.

Daripada mak ayah sampai ke anak-anak suka makan mamak. Memang suka sebab makanan dia cukup rasa dan kena dengan tekak kita.

Tapi seronok tak terkira bila jumpa perkongsian yang kongsikan semua resepi masakan ala mamak ni. Lepas ni tak susah dah nak keluar makan dengan mamak. Risau ramai orang, risau dengan masalah covid lagi. Stay at home, masak dekat dapur. InsyaAllah  confirm jadi!

 

AYAM TANDOORI

Bukan anak-anak je, kita yang mak ayah ni pun suka makan ayam tandoori ni. Rasa dia cukup berempah. Nak-nak cicah dengan kuah hijau dia tu. Memang padu lah rasa dia!  Resepi dah ada, lepas ni boleh cuba je!

RESEPI AYAM TANDOORI :

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 bahagian paha ayam
  • 4 sudu greek yogurt (tanpa perisa)
  • 2 sudu besar serbuk cili/paprika
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil garam masala
  • 1 biji limau nipis
  • 5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 inci halia, ditumbuk halus
  • 1 ikat daun pudina
  • 1 ikat daun ketumbar
  • ½ bawang besar
  • Garam (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN AYAM TANDOORI :

▶ Buangkan kulit ayam dan lemaknya. Kemudian, kelarkan daging ayam untuk memudahkan perapan diserap ke dalam daging.

▶ Perahkan jus daripada separuh limau nipis ke atas ayam yang dibersihkan tadi.

▶ Seterusnya, masukkan yogurt.

▶ Masukkan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk halus.

▶ Kemudian, masukkan semua serbuk rempah berserta garam secukup rasa.

▶ Gaulkan bahan perapan sehingga rata. Perapkan ayam untuk beberapa jam atau semalaman mengikut cita rasa anda.

▶ Apabila selesai diperap, letakkan minyak dan panaskan grill atau non-stick pan pada api sederhana. (Anda juga boleh menggunakan ketuhar pada suhu 180 °C dan panggang selama 45 hingga 60 minit bergantung kepada saiz ayam.)

▶ Apabila grill sudah cukup panas, letakkan ayam dan biarkan ayam masak selama 5 minit.

▶ Untuk menaikkan lagi warna merah pada ayam, gaulkan minyak dengan serbuk cili dan sudukan ke atas ayam apabila sudah separa masak. Ini juga untuk mengelakkan ayam nampak kering.

Kredit Resepi – Keluarga

 

KARI SOTONG MAMAK

Kari sotong kalau dekat kedai, memang risau nak ambik sebab takut harganya mahal. Jadi, kita balas dendam buat banyak dengan rumah dengan resepi masakan ala mamak. Confirm suka dan bertambah nasinya!

RESEPI KARI SOTONG MAMAK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 ½ sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

 

Bahan untuk tumbuk halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

 

Bahan untuk rempah tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

CARA PENYEDIAAN KARI SOTONG MAMAK :

▶ Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.

▶ Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.

▶ Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.

▶ Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

Kredit Resepi – Che Nom

 

KOBIS GORENG MAMAK STYLE

Kalau perasan, sayur kobis goreng goreng ni memang akan ada je dekat mana-mana kedai mamak. Sebab campuran sayur yang digunakan ni lengkap dan memang jadi hidangan wajib dalam setiap pinggan nasi kandar tau!

RESEPI KOBIS GORENG MAMAK STYLE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ biji kobis – potong kecil
  • 1 biji karot – potong mancis
  • 1 sudu makan biji sawi
  • 5 biji cili kering – gunting pendek-pendek
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN KOBIS GORENG MAMAK STYLE :

▶ Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi.

▶ Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering, tumis hingga wangi.

▶ Masukkan kobis dan karot serta sedikit garam dan serbuk perasa.

▶ Gaul rata hingga kobis dan karot masak. (Tak perlu masukkan air ye)

Sedia untuk dihidangkan.

Kredit Resepi – Mizzanem

 

PERIA GORENG RANGUP MAMAK

Antara sayur yang suka betul makan kalau dekat mamak. Memang tak de rasa pahit langsung dan rangup macam keropok. Makan dengan kuah kandar memang layans!

RESEPI PERIA GORENG RANGUP MAMAK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 batang peria
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar air

CARA PENYEDIAAN PERIA GORENG RANGUP MAMAK :

▶ Basuh bersih peria dan potong bulat dan sama nipis. Buang bijinya dan bahagian bewarna putih dengan mengunakan tangan.

▶ Rendam potongan peria dengan 1 sudu garam dan 3 sudu gula selama ½ jam.

▶ Toskan air rendaman peria dan pastikan kering (boleh gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya pada peria. Masukkan peria ke dalam satu mangkuk besar.

▶ Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.

▶ Masukkan ½ sudu air dahulu dan gaul rata. Jika ianya nampak masih agak kering masukkan ½ sudu air lagi.

▶ Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.

▶ Panaskan minyak masak secukupnya dalam non-stick pan. Bila minyak dah betul-betul panas masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.

▶Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan toskan minyaknya. Makan bersama nasi panas dan kuah kari.

Kredit Resepi – Ketuk-ketuk Ramadhan

 

AYAM MASAK MADU MAMAK

Makan nasi beriani mamak memang tak lengkap kalau taka da ayam madu ni. Selain rasa dia yang sedap, anak-anak pun boleh makan sebab tak terlalu pedas. Kita buat sendiri boleh adjust rasa ikut kita suka.

RESEPI AYAM MASAK MADU MAMAK

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 ½ kg ayam organik
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 2 genggam cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar perasa TUMIX berkuah
  • Garam
  • Air secukupnya

 

Bahan-bahan Tumis

  • 1 batang serai dititik
  • 2 tangkai daun kari

 

Bahan-bahan kisar

  • 1 biji bawang merah saiz besar
  • 5 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MADU MAMAK :

▶ Ayam digaram kunyitkan, kemudian goreng hingga masak (jangan sampai garing).

▶ Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis diikuti dengan bahan-bahan kisar.

▶ Bila telah naik bau, masukkan cili kering kisar. Gunakan api sederhana dan biar cili mereneh di atas dapur sehingga terbit minyak. Kalau nak cili cepat masak, boleh tutup kuali.

▶ Selepas cili masak, masukkan sos tiram, madu, gula perang, garam, perasa TUMIX dan air secukupnya. Masak sehingga kuah mendidih.

▶ Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Kaupbalikkan dan gaul rata. Masak sehingga kuah pekat sedikit.

▶ Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. Gaul rata dan bolehlah ditutup api.

Semasa menghidang bolehlah tabur sedikit daun kari di atasnya.

Kredit Resepi – Sajian Dapur Bonda

BACA JUGA: Pelbagai Masakan Berasaskan Lala. Resepi Simple Yang Wajib Kita Cuba!

RESIPI SUP MAMAK

Kalau makan sup dekat mamak, memang tak boleh tinggal sikit pun. Wajib hirup sampai habis. Rasa dia memang padu dan lengkap! Makan waktu panas-panas. Kalau makan dengan nasi, hidangkan sekali dengan telur dadar ye.

RESEPI SUP MAMAK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ayam
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 6 tangkai cili padi diketuk
  • 2 sudu tepung gandum di bancuh air
  • 1 batang lobak potong halus
  • 4 biji ubi kentang
  • Air
  • Garam gula lada hitam

 

BAHAN KISAR

  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 peket rempah sup
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 inci halia

 

BAHAN PELANGKAP :

  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

CARA PENYEDIAAN SUP MAMAK :

▶ Kisar bahan-bahan di atas sehingga halus.

▶ Panaskan minyak ke atas kuali dan tumiskan bahan kisaran bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.

▶ Masukkan air ke dalam kuali, dan kemudian masukkan ayam, ubi kentang, lobak, cili padi dan kuib pati ayam.

▶ Masak hingga mendidih dan ayam lembut. Kemudian masukkan tepung gandum kepekatan yang yang diingini.

▶ Sudah siap, angkat ke dalam bekas. Kemudian tabor daun bawang dan bawang goreng ke dalam bekas.

▶ Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan telur masin.

▶ Dinikmati bersama ulam dan telur dadar pasti membuatkan suami anda terliur.

Mesti Cuba!

Kredit Resepi – Amie Samuri

Waah! Best betul bila ada pelbagai resepi masakan mamak yang kita boleh buat sendiri. Kalau terasa nak makan sesekali boleh je makan di kedai mamak. Tapi kalau nak makan beramai-ramai bolehlah kita buat sendiri. Baru puas hati!

Resepi masakan mamak yang mudah nak buat, dan lengkap satu hidangan. Kepada yang mula nak belajar masakan mamak ni, memang saya suggest untuk follow resepi yang saya kongsikan ni.

Sebelum nak buat tu, sharekan dulu dekat wall facebokk masing-masing ya. Mana tau ada yang dapat manfaat yang sama macam kita. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open