Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Rahsia Goreng Ayam Rangup Di Luar Tapi Juicy Di Dalam!
Siapa yang tak suka makan nasi ayam memang pelik lah kata orang. Ada yang suka, suka betul sampai jadi kegemaran. Makan nasi ayam hari- hari pun boleh. Ada orang yang kalau ada, dia makan.
Setiap kali hujjung minggu mak- mak mestilah fikirkan nak masa kapa yang istimewa. Alang- alang hujung minggulah ramai yang berkumpul di rumah pun kan. Tak salah nak hidangkan yang special.
Kalau pening, buat nasi ayam simple tanpa tumis ni. Resepi Cik Puan Amirah Hussain ni mudah je, dan rasa dia memang sedap! Nasi dia dah macam nasi KFC pulak bila rasa. Ngam makan satu hidangan, waktu tengah lapar, memang akan menambah la jawabnya!
RESEPI NASI AYAM
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :
Untuk 1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
- 2 ulas bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 2 inci halia*
- 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih)
- Sup bunjut
- Kiub pati ayam
** (bahan yang bertanda * tu kita potong mayang)
CARA PENYEDIAAN UNTUK SUP :
▶ Mula-mula tumiskan semua bahan yang kita potong mayang tadi bersama 4 sekawan. Tumis sampai naik bau wangi dan bawang dah kekuningan. Masukkan sekali sup bujut tu.
▶ Kemudian, masukkan air seberapa banyak kita suka. Letakkan banyak pun tak apa sebab kita nak gunakan untuk sup, untuk masak nasi dan perapan ayam.
▶ Seterusnya masukkan ayam, dan juga kiub pati ayam. Dah mendidih, jangan lupa masukkan garam, bahan perasa makanan.
Biarkan ayam masak empuk.
BAHAN-BAHAN UNTUK PERAP AYAM :
- 1 senduk kuah sup
- Kicap manis (ikut nak manis macam mana)
- ½ senduk kicap pekat
- ½ senduk sos cili
- Sedikit madu
CARA PENYEDIAAN PERAPAN AYAM
▶ Campurkan semua bahan ni dalam satu bekas. Dan angkat ayam dari sup tadi, tos sekejap.
▶ Perap dalam bahan perapan ni dan simpan dalam peti sejuk selama setengah pun pun dah okay.
▶ Kemudian, goreng dengan api yang kuat. Dah bertukar warna je terus angkat.
** Tip, bila goreng api kuat, ayam akan rangup di luar dan juicy di dalam. Memang padu!
** Lebihan perapan ayam, jangan dibuang. Masa katas api, masukkan bancuhan tepung jagung. Dah mendidih padamkan api. Siap kuah kicap nasi ayam kita!
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI :
- Daun pandan (disimpul)
- 3 sudu besar marjerin yang sudah dicairkan
- Kuah sup (ikut sukatan kita biasa masak nasi)
CARA PENYEDIAAN NASI AYAM :
▶ Part nasi ni mudah je, tak perlu tumis apa- apa bagai.
▶ Mula-mula basuh beras bersih- bersih dan toskan.
▶ Cairkan marjerin dan tuang masuk dalam periuk nasi kita
▶ Simpul daun pandan, letak dalam periuk.
▶ Akhir sekali, masukkan kuah sup kita ikut sukatan bias akita masak nasi. Bahagian minyak tu pun ambik, nanti nasi kita cantik berkilat.
** Tak perlu tambah garam, gula dan sebagainya dah. Sebab sup kita dah sedap. Nasi pun akan rasa lemak-lemak sup.
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH LADA :
- 3 lada besar merah
- 10 cili padi merah (ikut pedas yang kita nak)
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit cuka
CARA PENYEDIAAN KUAH LADA :
▶ Basuh bersih semua bahan- bahan di atas.
▶ Potong kepada saiz yang lebih kecil. Jangan potong kecik sangat pulak. Sebab nak bagi mudah hancur waktu kita kisar
▶ Kisar bahan-bahan sampai hancur, masukkan sekali cuka, garam dan gula tu. Guna air sikit je.
▶ Dah kisar hancur, Masukkan dalam kuali. Gunakan api yang perlahan je.
▶ Kacau sampai dah mendidih, boleh padamkan api
Bila semua bahan dah siap bolehlah dihidangkan untuk menjamu selera. Hidangkan bersama salad, timun dan juga tomato sebagai pelengkap. Tak susah nak buat dia, dan paling penting satu keluarga suka makan nasi ayam. Jadi senang kerja kita di dapur kan.
Bagi yang tak pandai nak buat nasi ayam ni secara lengkap, saya recommendkan untuk follow resepi ni sebab caranya lebih mudah dan senang nak faham.
Sharekan di wall facebook, senang nanti nak buat boleh scroll kan aje. Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua!