Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Puding Triffle Yang Mudah Dan Sedap. Best Makan Sejuk-Sejuk!

0 116

Ada tak penggemar puding kat sini. Haa, hari ni kita kaji sikit cara nak buat puding triffle. Kenapa triffle? Sebab puding ni ada 3 layer. Lapisan bawah kek, lapisan kedua puding dan lapisan petiga agar-agar. Nampak menarik kan!

Yang suka beli kek swiss roll tapi tak habis makan boleh la buat puding triffle ni. Jangan biar kek tu sampai expired pula. Tak baik bazir. Dah la harga barang seksrang dah mahal. Lagi-lagi harga beras.

Mungkin agak sedikit leceh nak buat puding ni. Tapi once dah siap, korang mesti tak sabar nak makan. Dalam satu hidangan ada 3 rasa. Fuhhh! Makan sejuk-sejuk puding ni lagi sedap.

Resepi puding triffle ni aku jumpa kat Facebook Mr.Ali ye. Nama Facebook beliau Muhammad Ali. Korang kena ushaa banyak lagi resepi menarik yang ada kat Facebook tu. Nak dessert, kek kat situ la lubuk resepi untuk korang.

Actually, puding triffle ni boleh buat dalam loyang. Boleh juga buat dalam bekas puding yang kecil tu. So, takde la korang susah-susah nak potong nanti. Tapi untuk makan kat rumah guna loyang pun dah cukup.

 

RESEPI PUDING TRIFFLE

Ada yang baru first time nak buat ke? Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding triffle ni. Kot ada barang lengkap kat dapur. Boleh la terus buat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan lapisan pertama & kedua :
  • Swiss roll ( Jangan beli yang jenis chiffon cake sebab nanti lembut sangat bila basahkan dengan air manis)
  • 1 tin cocktail buah (Kalau pakai yang jenis besar macam dalam gambar pakai separuh saja. Tapiskan air dan buahnya)
  • Setengah cawan gula
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air (1 cawan air 250ml)
  • 5 sudu makan air buah cocktail (Air sahaja)
  • Buah-buahan dari tin cocktail
  • Sedikit garam.

 

Bahan lapisan ketiga :
  • 5 gram agar agar serbuk
  • 4 sudu makan gula
  • 3 setengah cawan air (1 cawan 250ml)
  • 1 sudu kecil pewarna sirap

CARA PENYEDIAAN PUDING TRIFFLE :
Cara penyediaan lapisan pertama :

▶️ Susun swiss roll kedalam acuan yang digunakan. Mampatkan dan jangan bagi ada ruang kosong.

▶️ Basahkan sedikit permukaan swiss roll dengan air buah cocktail. Basahkan bagi ada je. Ketepikan.

Cara penyediaan lapisan kedua :

▶️ Masukkan 1 cawan air + 3 sudu tepung kastard + 1 tin susu cair + setengah cawan gula (100g) + 4 sudu makan air buah cocktail tin + sedikit garam +5 sudu makan air tin cocktail.

▶️ Sebatikan dulu baru hidupkan api perlahan.

▶️ Kacau hingga berkilat dan mendidih. Kena lamakan atas api kalau tak nanti kastard akan jadi lembik sangat. Kena kacau sentiasa supaya tak hangus dibawah.

▶️ Dah mendidih dan berkilat, matikan api dan letak atas swis roll tadi.

▶️ Letakkan buah-buahan cocktail.

▶️ Biarkan diluar sementara buat lapisan terakhir. Pastikan persekitaran bersih.

Cara penyediaan lapisan ketiga :

▶️ Masukkan 3 setengah cawan air + 1 sudu makan sirap + 4 sudu makan gula + 5 gram agar-agar serbuk.

▶️ Hidupkan api, kacau hingga mendidih.

▶️ Cucuk-cucuk permukaan kastard tadi dan tuangkan agar-agar sirap tadi.

▶️ Biarkan diluar selama 30 minit baru sejukkan 4 jam. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Steamboat Homemade Semudah ABC. Confirm Puas Makan. Kos Pun Murah Dan Jimat!

 

Aku suka resepi yang dikongsikan lengkap macam ni. Senang nak faham. Lagi-lagi untuk orang yang macam aku. Susah nak masuk dapur ni. Bila resepi lengkap, senang la kerja aku nak memasak nanti.

Nak makan puding ni lagi syok bila baru keluar dari peti. Sejuk-sejuk lalu kat tekak. Cuaca panas sekarang ni memang menguji. So, banyak juga lah benda manis dan sejuk yang kita makan. Betul tak? Semata-mata nak legakan tekak je.

Terima kasih sangat dekat Mr.Ali kerana sudi kongsi resepi puding triffle ni di Facebook. Sangat jelas dan mudah di fahami. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open