Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Simple Buat Sagu Mutiara. Masak Sagu Pakai Rice Cooker Untuk Elak Hangit

0 874

Siapa yang pernah makan dessert sagu Mutiara ni , mesti akan suka. Sebab rasa dia berlemak dengan susu cair dan bila makan dengan sagu tu rasa perfect dan ngam sangat!

Nak buat sagu Mutiara ni senang je dan ada pelbagai warna yang pernah saya jumpa. Tapi, terpulang kepada kita nak warnakan dia dengan warna apa. Untuk menarik anak-anak untuk makan, janganlah biarkan sagu tu warna putih je.

Boleh gunakan pewarna merah, hijau, oren, dan sebagainya. Nak makan pun jadi semangat sebab sagu Mutiara kita lawa! Jom saya share perkongsian daripada Cik Puan Mimee Ismaell ni. Simple je nak buat dia.

 

RESEPI SAGU MUTIARA SIMPLE

Bahan- bahan yang digunakan adalah :

  • 4 pot atau 500 gram sagu ( Kalau nak buat sikit, boleh kurangkan tau)
  • Air 2 liter
  • 1 tin susu cair
  • Gula merah
  • Gula kabung / Gula anau
  • Daun pandan
  • Pewarna makanan

CARA PENYEDIAAN SAGU MUTIARA :

▶ Mula -mula sekali didihkan air dalam periuk. Guna periuk nasi boleh atau multifunction cooker pun boleh. Ianya lebih mudah berbanding masak atas dapur gas.

▶  Bila air dah mendidih, masukkan sagu. Sagu tak perlu basuh. Terus je masukkan dalam air mendidih. Tutup periuk rice cooker tu. Kalau guna dapur gas, sentiasa kacau ye. Risau hangus di bahagian bawah

▶ Bila sagu dah separuh masak, buka penutup dan kacau seketika. Masukkan pewarna yang kita suka.

▶ Kacau supaya sekata. Dan tutup je sampai dia masak sendiri. Rice cooker pun akan keep warm. Biarkan sampai semua putih sagu tadi tiada. Tanda sagu kita dah masak sepenuhnya.

▶ Bila dah tiada putih sagu, dah kelihatan sagu warna jernih je, tapis sagu dan lalukan bawah air paip seketika.

▶ Ini adalah untuk hilangkan kanji- kanji yang ada pada sagu.

▶ Dah selesai semua sagu, ketepikan seketika.

▶ Panaskan kuali, masukkan gula merah, gula kabung dan juga daun pandan. Masukkan sedikit air. Cairkan semua gula.

▶ Sesetengah orang ada yang tidak suka makan susu cair mentah. Jadi boleh panaskan seketika atas api. Ada yang campurkan terus dengan air gula tadi. Panaskan sehingga mendidih tutup api.

 

CARA HIDANGAN SAGU MUTIARA :

  • Sagu
  • Air Gula
  • Susu Cair

BACA JUGA: Resepi Buat Cendol Hijau Yang Terlajak Mudah. Guna Botol Roti Jala Pun Menjadi Cantik Elok Je!

▶ Masukkan kesemuanya dalam satu mangkuk dan tabur ais batu. Sedia untuk dimakan sagu Mutiara kita.

▶ Jika ada laici tin, boleh carikkan isi laici dan letakkan sekali. Sedap!

Tersangatlah mudah nak buat sagu Mutiara ni sebenarnya kan. Memang boleh buat selalu untuk hidangan petang, tetamu datang atau majlis kecil-kecilan.

Bukan yang dewasa je, anak-anak pun suka sebab kita gunakan susu dan kuahnya sedikit manis. Untuk kurangkan manis, boleh kurangkan penggunaan gula merah tu ye.

Lepas ni dah tak risau lah kalau petang tak tahu nak hidangkan apa. Masak je follow resepi sagu Mutiara ni, simpan dalam peti ais. Dah petang, boleh hidangkan !

Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open