Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Lempeng Daun Sup Warisan Bonda. Resepi Lempeng Sihat Gunakan Oat!

0 1,048

Teringat pula lempeng mak kita dekat kampung nun kan. Walaupun simple je tapi air tangan bonda tu yang jadi sedap berganda! Bila ada kuah lebih lauk tengah hari, maka jom lah petang ni kita buat lempeng.

Siapa yang tak pernah makan lempeng memang rugi tau. Sebab rasa dia bukan biasa-biasa punya. Serious sedap! Cicah pulak dengan sambal hitam, sambal ikan bilis atau kuah gulai. Memang padu betul!

Walaupun nak buat lempeng ni mudah je, tapi tertarik saya dengan perkongsian Cik Puan Solehah Marman ni. Macam mana dia buat lempeng menggunakan oat! Lempeng sihat katanya.

 

RESEPI LEMPENG OAT DAUN SUP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Tepung gandum
  • Rolled oat
  • Daun sup
  • Air
  • 1 biji telur
  • Minyak sikit

CARA PENYEDIAAN LEMPENG OAT DAUN SUP :

▶  Sukatan yang digunakan ni adalah agak-agak je tau. Mula-mula masukkan tepung gandum dalam bekas.

▶ Ambik oat, kisar sampai hancur macam tepung. Bagus gunakan oat ni, sebab oat makanan yang lebih berkhasiat daripada tepung gandum tu sendiri. Jadi, nak lebihkan oat dan kurangkan tepung pun boleh.

▶  Kot ada yang tak suka oat, tepung gandum sahaja pun tak ada masalah.

▶ Potong daun sup kecik- kecik dan gaulkan sekali. Jika daun sup ni besar dan anak-anak tak suka, boleh kisar sekali dengan oat tadi. Tapi nak cantik, potong halus-halus je.

▶ Pecahkan telur sebijik. Dan masukkan air sikit demi sikit. Sampai adunan kita likat dan sesuai untuk melempeng. Jangan cair sangat ya.

▶ Bila dah gaul semua bahan, jika daun sup tak cukup, boleh tambah lagi.

BACA JUGA: Cara Simple Buat Sagu Mutiara. Masak Sagu Pakai Rice Cooker Untuk Elak Hangit

▶ Seterusnya, panaskan minyak, sikit je tau. Macam oles atau sapukan je. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Guna non stick lebih mudah supaya dia tak melekat.

▶ Ratakan sedikit supaya dia leper. Biarkan dia masak sekejap, dengan api yang perlahan sahaja. Agak-agak dah garing sikit bahagian bawah tu, terbalikkan dia.

▶ Masak sampai garing juga. Dah siap, boleh angkat dan hidangkan.

 

Sedapnya boleh makan dengan sambal ikan bilis, sambal hitam atau buat cicah kuah kari atau gulai. Memang layanz! Makan waktu masih suam memang laju je telan.

Unik kan resepi lempeng guna oat ni, tapi alhamdulillah anak-anak semua suka. Yang mana risau anak tak makan nasi, boleh cuba buat makanan sebegini untuk tukar selera mereka. Janji mereka makan, kita pun happy. Asalkan makanan berkhasiat!

Boleh buat hidangan makanan petang atau nak buat makan pagi pun sesuai. Kalau dah biasa makan lempeng pisang, kali ni kta cuba resepi lempeng oat daun sup. Memang sedap!

Sahrekan resepi ni di wall facebook supaya mudah nak tengok balik nanti dan boleh beri manfaat kepada orang lain pulak.

Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open