Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Agar-Agar Tali Guna Sirap Merah. Sedapnye Makan Sejuk-Sejuk Masa Berbuka Nanti!

0 3,261

Cara buat agar-agar merah ni sangatlah mudah. Agar-agar merupakan salah satu kuih tradisional yang sering kali dijadikan pencuci mulut semasa berbuka puasa. Ianya boleh dimasak dengan menggunakan 3 jenis agar-agar iaitu serbuk, tali dan segera (instant jelly).

Walaupun cara penyediaan kuih ini mudah, tetapi mash ramai yang tidak berjaya membuatnya dengan sempurna. Ini kerana sukatan air yang digunakan tidak betul. Agar-agar ni bila terlebih air, ianya akan keras. Dan boleh menjadi lembik bila sukatan air kurang.

Kebiasaanya bila ada kenduri kendara, agar-agar adalah pencuci mulut yang sesuai dihidangkan pada tetamu. Makan sejuk-sejuk pun sedap. Agar-agar boleh dibuat dengan menggunakan santan secara berlapis. Dan terbukti sedap.

Perkongsian resepi agar-agar kali ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hana A Razak. Resepi kali ini menggunakan tali agar-agar dan juga sirap merah untuk mewarnakannya.

Orang sekarang semakin kreatif, agar-agar boleh dibuat jelly kek dalam dulang hantaran tau. Cantik sangat! Bila ada kerajinan, anda boleh je mencantikkan kuih ni dengan menggunakan acuan yang berbagai bentuk. Contohnya acuan berbentuk ros, nampak lebih menarik.

 

RESEPI AGAR-AGAR MERAH

Bila bulan ramadhan kuih ni memang wajib ada kat rumah untuk dijadikan pencuci mulut. Jadi, kepada yang nak cuba buat sendiri agar-agar ni kat rumah, anda boleh je follow sebijik-sebijik cara penyediaannya seperti dibawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 peket agar agar tali
  • 3 1/2 seduk gula perang
  • 2 helai daun pandan
  • 1 senduk sirap merah
  • Air

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR MERAH :

▶️ Mula-mula basuhkan terlebih dahulu agar-agar tali.

▶️ Kemudian, masukkan air dalam agar-agar tali. Sukatan air ialah cukup buat agar-agar tenggelam sahaja.

▶️ Bila nampak agar-agar dah separuh larut, masukkan daun pandan. Carikkan dan simpul.

▶️ Bila agar-agar nampak larut sepenuhnya, masukkan gula. Guna gula perang atau gula putih pun boleh.

▶️ Kemudian, masukkan 1 senduk sirap merah. Kacau sampai semua larut dan sebati. Barulah matikan api.

▶️ Tapis dan masukkan dalam bekas yang anda suka. Sejukkan dalam peti nak makan baru potong.

 

BACA JUGA: Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Paling Simple. Memang Sedap Giler!

 

Siap untuk dihidang! Nak tahu penggunaan air tu senang je, pastikan air untuk agar-agar tidak lebih banyak, agak-agak boleh tenggelamkan agar-agar je. Barulah kuih kita nampak cantik tak keras dan tak lembik.

Masak je kuih ni awal sikit. Boleh masukkan dalam peti. Bila waktu berbuka, bolehlah makan agar-agar ni. Syok makan agar-agar sejuk. Nak buat rasa pandan pun boleh, anda boleh gunakan air daun pandan asli. Baru naik bau daun pandan tu.

Lepas ni dah boleh buat agar-agar sendiri kat rumah. InsyaALLAH menjadi. Follow je resepi yang dikongsikan ni. Semoga resepi agar-agar merah ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open