Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi mee kuning buatan sendiri Tanpa Kapur Dan Tanpa Bahan Pengawet. Guna 5 Bahan Je Tau!
Ada tak yang suka sangat makan mee kuning? Tapi bila beli mee kuning kat kedai mesti nak basuh banyak kali sebab bau kapur yang sangat kuat. Resepi kali ni adalah bagaimana anda semua nak buat mee kuning tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.
Buat mee kuning ni sangatlah mudah. Cuma perlu guna 5 bahan je. Dan lebih sedap berbanding mee kuning yang kita beli dikedai. Langsung tak ada rasa kapur tau. Bolehlah cuba buat untuk hidangan harian keluarga.
Manalah tahu tetiba rasa tekak nak makan mee kuning, pergi dapur pula mee kuning tak ada. Tapi anda ada bahan-bahan nak buat mee kuning, apa lagi cuba je lah resepi ni. Tak ada mesin pun anda masih boleh buat mee kuning homemade. Potong-potong je guna pisau.
Resepi mee kuning buatan sendiri ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Hampir 4.5k yang menunjukkan suka pada resepi ini dan ramai yang ingin mencubanya. Buat sendiri lebih puas hati dan dijamin tanpa bahan pengawet.
Mee kuning yang kita buat sendiri ni, boleh dimasak dengan pelbagai cara. Buat mee rebus pun sedap. Menurut Cik Puan Zurina, kalau anda nak jadikan mee kuning ini sebagai mee goreng, proses merebus mee kuning ini tidak boleh terlalu lama. Rebus sekejap sahaja.
RESEPI MEE KUNING
Yang ada mesin mee sendiri kat rumah lagi mudah. Tapi tak ada pun tidak menjadi masalah. Yang nak niaga mee kuning tanpa kapur boleh cuba resepi ni. Mesti ramai yang suka. Tapi kena beli mesin lah kan. Jom follow proses pembuatannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- Secubit serbuk kunyit
- Secubit garam halus
- Air.
CARA PENYEDIAAN MEE KUNING :
▶️ Campur kesemua bahan, adun tepung dan masukkan sedikit demi sedikit air sehingga tepung menjadi doh. Tiada sukatan tepat untuk air.
▶️ Selesai menjadi doh, rehatkan selama 10 minit.
▶️ Doh kemudiannya akan diuli berulang kali sehingga sebati.
▶️ Kemudian leperkan dan lalu di atas mesin manual buat mee. Ulang kaedah ini, sekurang-kurangnya 3 kali. Hasilnya, jadilah seperti kain.
▶️ Seterunya, lalukan tepung di bahagian pemotong untuk menghasilkan mee. Jadilah gumpalan mee.
▶️ Rebus mee selama 6 minit, kemudian tos dan rendam sekejap dalam air sejuk. Untuk mengekalkan tekstur kekenyalan mee tersebut.
BACA JUGA: Cara Buat Agar-Agar Tali Guna Sirap Merah. Sedapnye Makan Sejuk-Sejuk Masa Berbuka Nanti!
Dah siap pun mee kuning kita! Mudahnya. Mesti ramai tak tahu cara buat mee kuning semudah ini kan. Selain daripada buat mee, adunan ni boleh juga ditekap untuk dijadikan kulit dumpling.
Bagus juga bila kita ada ilmu buat mee kuning sendiri dekat rumah. Boleh asah skill kita dalam masakkan. Yang tak ada mesin kat rumah jangan risau. Selepas canai doh, anda boleh je potong adunan nipis-nipis ikut size yang anda suka.
Lepas ni, nak buat sendiri mee kuning dah tahu caranya. Semudah ABC dan 123 tau. Semoga resepi mee kuning tanpa kapur dan bahan pengawet ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!