Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Paling Simple. Memang Sedap Giler!

0 1,598

Daging goreng kunyit adalah hidangan paling mudah dibuat dan sedap di makan. Daging cuma perlu diperap terlebih dahulu dengan menggunakan serbuk kunyit dan garam sebelum ianya di masak.

Dikedai makan, selalunya ayam goreng kunyit akan di masak dengan campuran sayur kacang panjang kan? Dimakan pula dengan sambal belacan, boleh terangkat dibuatnya. Begitu juga dengan daging goreng kunyit, ianya juga boleh dimasak dengan sayur kacang panjang.

Tapi untuk resepi daging goreng kunyit kali ini, daging tidak dimasak dengan sayur kacang panjang, tapi dimasak dengan lada benggala. Hidangan ini sesuai dijadikan juadah berbuka puasa atau pun sahur.

Resepi daging goreng kunyit yang paling simple ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Umi Watie. Menurut beliau, untuk memudahkan kita memotong daging, lebih baik daging dipotong semasa beku. Lebih senang.

Dan daging perlu dihiris nipis barulah cepat empuk. Lepas memotong daging lebih baik terus perap dan masukkan dalam peti. Nak masak nanti tinggal keluarkan je. Kerja pun cepat siap, daging diperap elok dan bahan perapan masuk dalam daging. Mesti lebih sedap!

 

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

Okey, tak nak cakap banyak lagi. Jom kita lihat bahan-bahan memasak dan bagaimana cara penyediaan daging goreng kunyit yang simple ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250 g daging (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang merah (dihiris kasar)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 sdb sos tiram
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Cili merah
  • Cili benggala

CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG KUNYIT :

▶️ Mula-mula perapkan daging dengan garam dan kunyit.

▶️ Panaskan minyak, gorengkan daging yang telah diperap awal tadi. Seelok-eloknya perap 2 jam awal.

▶️ Biarkan sampai daging empuk. Goreng daging dengan api yang kecil sahaja. Tutup kuali supaya wap panas tu mempercepat proses melembutkan daging.

▶️ Bila daging dah empuk, masukkan bawang yang dihiris kasar.

▶️ Kemudian, masukkan halia yang dihiris nipis. Untuk menyedapkan dan mewangikan masakkan.

▶️ Bila halia dan bawang dah kekuningan masukkan sos tiram. Kacau rata.

▶️ Masukkan cili benggala. Kalau suka pedas boleh masukkan cili api atau cili besar. Lada benggala di masak sekejap je supaya masa makan terasa kerangupan lada benggala.

▶️ Perasakan dengan garam. Gaul rata dan matikan api.

 

BACA JUGA: Resepi Cajun Wrap Yang Mudah Dan Sedap. Hidangan Sihat Dan Rendah Kalori!

 

Siap untuk dihidang! Mudahkan. Boleh perap malam daging tu, sahur nanti keluarkan dan terus masak je. Boleh makan panas-panas. Nak pedas boleh lebihkan cili. Tapi kalau untuk hidangkan buat anak-anak, boleh je kurangkan cili.

Cara memasak daging boleh dipelbagaikan, contohnya daging goreng kunyit ini. Walaupun ianya cukup mudah di masak, tapi keenakannya cukup membuka selera. Lebih-lebih lagi dengan rasa pedas dan tambahan menu telur dadar. Terangkat dibuatnya.

Yang bestnya, daging ni nak makan ratah macam tu pun sedap. Tambah pula lada benggala yang rangup tu, rasa krup krap je bila makan. Semoga resepi daging masak kunyit ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open