Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Stress Api Asyik Terpadam Bila Bukak Kipas Waktu Memasak? Guna Cover Tunku Ni Selesai Masalah!

0 1,143

Memang nampak berguna sangat kalau ada cover tunku dapur ni! Memudahkan kita nak masak di dapur. Ha, korang tahu tak apa sebenarnya kegunaannya? Cover tunku ni sebenarnya menghalang angin masuk ke kawasan api. Jadi bila masak tu tak perlu susah hati nak buka kipas sambil memasak tu.

Yelah, tak semua rumah kita ni ada penghawa dingin. Bila tak pasang kipas pula, mahu berpeluh-peluh berdiri depan api tu. Itulah yang selalu mak-mak alami semasa memasak. Dengan cuaca Malaysia yang sentiasa panas ni, mana nak tahan memasak di dapur tanpa buka kipas kan.

Mak kita di kampung tu pun mesti alami benda yang sama juga. Rumah kampung ni kalau tengah hari lagilah panasnya tu tak menahan. Mujurlah ada alat ni yang mungkin tak ramai yang tahu. Idea cover tunku ni memang menarik. Nampak simple je functionnya tapi sangat membantu!

Cover tunku ni mudah je nak pasang. Korang hanya perlu letak je kat keliling tunku tu. Kalau korang cari di shopee memang ada banyak yang jual. Dan kebanyakannya pun dengan saiz yang sama untuk standard dapur kita. Ini antara kedai yang korang boleh tengok:

Kedai 1 –> https://shope.ee/1VKVJP2t9M

Kedai 2 –> https://shope.ee/4paxHdNBAI

Harganya pun bagi saya tersangalah murah. Dalam lingkungan harga RM5 je satu. Jadi kalau nak beli untuk 2 tunku pun baru dalam RM10 je. Berbaloilah harga ni dengan kegunaannya.

 

SESUAI UNTUK KEBANYAKAN TUNKU DAPUR

Ukuran diameter luar untuk cover tunku ni ialah 24cm, dan dalam pula 14.5cm. Saiz ni bersesuaian dengan standard dapur kita. Tapi macam mana pun kalau rasa ragu-ragu, boleh je cuba ukur dapur korang dulu. Mana tahu tak bersesuaian pula dengan dapur kita. Nanti terasa rugi pula beli tapi tak boleh pakai kan.

 

Selain tu cover ni direka dengan tinggi 3cm. Ngam-ngam je dengan ketinggian tunku. Jadi itulah functionnya yang boleh halang kawasan api dari terkena angin.

Kedai 1 –>  https://shope.ee/1VKVJP2t9M

Kedai 2 –> https://shope.ee/4paxHdNBAI

 

ANTI SLIP

Ada tak dapur korang yang kurang stabil? Tunku dapur yang kurang stabil ni memang banyak orang alami. Betapa bahayanya kalau tunku tak stabil atau licin ni. Korang jangan buat main-main. Bukan je bahaya untuk diri sendiri, malah untuk keluarga terutama yang ada anak kecil.

Function cover tunku ni juga sebenarnya membantu untuk stabilkan kuali/periuk korang masa tengah masak. Materialnya anti slip dan tebal. Jadi tak risaulah tengah masak tu kuali atau periuk korang bergerak-gerak atau tergelincir. Sangat membantu!

 

MEMBANTU MASAK DENGAN LEBIH CEPAT

Secara teori sainsnya, kalau api ni dikepung, maka lagi cepatlah kawasan tu panas. Dalam kes ni, lagi cepat panas api korang, lagi membantu korang masak dengan cepat. Betul tak? Barulah seronok macam ni sebab tak perlu korang berlama-lamaan di dapur.

BACA JUGA: Nak Pendekkan Langsir, Tapi Tak Pandai Potong? Guna Pelekat Ni Pun Boleh! Tampal Lencana Sekolah Anak Pun Okay!

APA KATA MEREKA YANG DAH GUNA

Kedua-dua kedai yang saya kongsikan ni dah ada masing-masing 9.5k dan 5.1k jualan. Tapi harga kedua-dua kedai ni agak berbeza sikit. Jadi yang mana korang nak beli tu bolehlah buat perbezaan dengan baca feedback mereka. Namun rata-rata review atau feedback dari pembeli masing-masing banyak yang positif dan dapat 4.9 stars.

Seronok baca feedback mereka kata cover ni fungsi dengan baik halang angin yang kuat. Selesa nak masak di dapur. Ada juga yang berpendapat besinya tak berapa tebal dan tak berapa nipis. Oklah tu kan, asalkan fungsinya membantu dan memuaskan hati!

Wow, agak menarik feedback dari pembeli ni sebab katanya kurang penggunaan gas sebab api cepat panas! Ini yang paling seronok dengar kan! Bukan je fungsi menghalang angin, malah memudahkan dan mencepatkan kita masak di dapur.

Jadi geng mak-mak yang selalu kena masak di dapur tu, korang bolehlah beli cover tunku ni. Banyak juga fungsinya. Kalau sekali pun dapur tak panas atau ada aircond, rasanya cover ni pun best untuk korang guna.

Gardget dapur macam ni memang rare orang pakai, nanti yang dah try guna tu bolehlah korang suggest kan pada jiran, kawan-kawan. Korang yang nak beli boleh direct je terus kat kedai shopee ni!

Kedai 1 –> https://shope.ee/1VKVJP2t9M

Kedai 2 –> https://shope.ee/4paxHdNBAI

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open