Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Rainbow Saltcheesekut Yang Cantik Dan Sedap. Anak-Anak Confirm Berebut Nak Makan!

0 1,642

Wah! Cantiknya rainbow saltcheesekut ni. Nampak sedap pulak tu. Korang pernah cuba tak buat cheesekut rainbow macam ni? Kalau korang penggemar cheese, baik korang try resepi rainbow saltcheesekut ni. Makan sejuk-sejuk sedap sangat. Meleleh air liur dibuatnya!

Resepi ni lebih kurang sama je dengan cara buat cheesekut yang biasa tu. Bezanya adunan cheese ni korang kena letak pewarna yang korang suka. Tujuannya untuk nampak cheesekut kita berwarna warni macam pelengi.

Kalau cakap pasal cheesekut, mesti boleh buat orang meleleh air liur. Terbayang rasa manis berlemak keju yang dilapis pula dengan biskut dan dimakan sejuk-sejuk. Memang layan je nikmat sedap cheesekut tu nanti. Makan time cuaca panas, mamang sedap lah!

Cheesekut ni boleh di kategorikan sebagai pencuci mulut. Yang mana cheesekut ni biasanya akan di makan untuk maniskan tekak. Cheesekut juga sangat ramai penggemarnya. Cara nak buat pun sangatlah mudah dan tak perlu nak bakar atau kukus. Anak-anak kita pun boleh buat sendiri tau.

Kalau nak beli kat luar, boleh tahan mahal juga rainbow saltcheesekut ni. Elok lah buat sendiri lagi puas hati. Korang follow je resepi dari Cik Puan Ada Suhaq ni. Confirm menjadi! Sedap pulak tu.

 

RESEPI RAINBOW SALTCHEESEKUT

Resepi ni cuma menggunakan 5-6 bahan je termasuk pewarna. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan macam mana nak buat rainbow saltcheesekut yang cantik ni. Confirm korang terpikat tengok hasilnya!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500g cream cheese
  • 3/4 tin susu pekat
  • Susu full cream
  • Saltcheese biskut
  • Nestum

CARA PENYEDIAAN RAINBOW SALTCHEESEKUT :

▶️ Mula-mula,masukkan 500g cream cheese, 3/4 tin susu pekat manis, susu full cream ke dalam mixer.

▶️ Kemudian, pukulkan semua bahan sehingga kembang dan sebati.

▶️ Asingkan adunan cheeseke dalam 5 bekas kecil yang berasingan.

▶️ Tambahkan pewarna kuning, pink, ungu, hijau dan turquoise. Atau nak letak warna lain pun boleh.

▶️ Seterusnya, sediakan satu bekas besar untuk letakkan bahan-bahan cheesekut.

▶️ Celupkan saltcheesebiskut ke dalam susu full cream. Celup sekejap je untuk elak biskut jadi lembik.

▶️ Kemudian, susun ke dalam bekas untuk membuat lapisan pertama.

▶️ Tambahkan adunan cheese yang mempunyai pewarna tadi ke atas lapisan biskut.

▶️ Ulangi step-step ni sampai habis biskut dan cheese.

▶️ Last sekali, taburkan nestum atau hiaskan dengan apa-apa yang korang suka.

▶️ Masukkan dalam peti ais dalam 2-3 jam atau semalaman. Dah siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Siput Yang Mudah Dan Sedap! Tak Raya Pun Boleh Makan Buat Kunyah-Kunyah!

 

Make sure korang masukkan rainbow saltcheesekut ni dalam peti sejuk dulu sebelum nak makan. Barulah rasa nikmat sebenar. Rainbow saltcheesekut ni juga boleh dijadikan pemanis mulut di majlis rumah terbuka Hari Raya ye. Confirm laku keras! Bertambah-tambah dibuatnya.

Resepi rainbow saltcheesekut ni dah viral kat wall Facebook Cik Puan Ada Suhaq. Memang ramai yang tertarik dengan kecantikkannya. Nampak meriah! Patutlah viral sampai 4.1K share. Korang yang tak cuba lagi, bolehlah try kat rumah nanti.

Ribuan terima kasihg diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi rainbow saltcheesekut yang mudah dan cantik ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open