Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Vit’s Mi Goreng Keju Udang Bolognese. Hidangan Lazat Yang Anda Mesti Cuba!

0 588

Resepi Vit’s Mi Goreng Keju Udang Bolognese” nampak menarik resepi ni kan. Mesti ada antara anda semua yang pernah mencuba mi keluaran Vit’s. Dua jenis mi keluaran vit’s yang menjadi viral adalah Vit’s Mi Goreng Bolognese dan Vit’s Mi Goreng Aglio Olio.

Vit’s mi goreng adalah mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Kedua-dua mi goreng ini mempunyai rasa istimewanya yang tersendiri. Tetapi untuk resepi hari ini, kita akan menggunakan vit’s mi goreng bolognese sebagai bahan utama dalam hidangan.

Vit’s mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar, minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli. Rasanya sedikit masam berbanding aglio olio. 

Terima kasih diucapkan kepada Encik RN Ong, kerana sudi berkongsi resepi baru menggunakan vit’s mi goreng bolognese. Beliau menggunakan beberapa bahan lain untuk dijadikan hidangan vit’s mi goreng keju udang bolognese ini.

Kepada penggemar vit’s mi goreng bolognese, anda boleh cuba resepi yang telah di ubah suai ini. Nampak simple tapi agak menyelerakan. Resepi ini juga boleh digunakan untuk penyediaan juadah berbuka puasa.

 

RESEPI VIT’S MI GORENG KEJU UDANG BOLOGNESE

Sesetengah orang kurang gemar bebuka puasa dengan nasi, dan lebih gemar berbuka dengan hidangan seperti mi goreng. Jadi, apa tunggu lagi jom belajar cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Vit’s Mi Goreng Bolognese
  • 1 Ulas Bawang Putih (dipotong kecil)
  • 1 Biji Bawang Merah Besar (dipotong kecil)
  • Daun Sup (dihiris)
  • Daun Bawang (dihiris)
  • 5 Ekor Udang
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 2 Sudu Besar Parmesan Cheese
  • 1 Sudu Besar Sos Chicken Abalone
  • 3 Sudu Besar Cooking Cream
  • Daun Basil secukupnya
  • Daun Oregano secukupnya

CARA PENYEDIAAN VIT’S MI GORENG KEJU UDANG BOLOGNESE :

▶️ Mula-mula rebuskan vit’s mi goreng bolognese sehingga agak sedikit lembut. Dah lembut toskan.

▶️ Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga nampak merah dan masukkan pula bawang merah.

▶️ Bahan tumisan dah naik bau, masukkan udang dan kacau sehingga udang separuh masak.

▶️ Kemudian masukkan daun sup, sos chicken abalone, sos tomato dan cooking cream. Kacau rata.

▶️ Bila dah sekata, masukkan vit’s mi goreng bolognese yang telah direbus tadi beserta rempahnya.

▶️ Masukkan daun basil dan daun oregano secukupnya.

▶️ Terakhir sekali, masukkan parmesan cheese dan daun bawang. Gaul sebati dan siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sotong Bakar Masak Percik. Mudah Dimasak Dan Pastinya Sedap Dimakan!

 

Wow, nampak menarik kan. Seperti hidangan ala-ala barat. Menurut Encik RN Ong, resepi ini juga boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Yang tak berapa suka dengan penggunaan cheese yang banyak anda boleh kurangkan.

Dan kepada yang gemar dengan rasa pedas, beliau syorkan campurkan serbuk cili untuk wujudkan rasa pedas dalam hidangan. Boleh juga di campur lemon juice untuk menggurangkan rasa muak pada cheese.

Kepada yang bimbang dengan sijil hahal produk ini, jangan risau ada logo halal jakim  pada bungkusan mi goreng itu. Semoga resepi vit’s mi goreng keju udang bolognese ini bermanfaat kepada kita semua. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open