Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Yang Mudah Dan Cepat Dimasak. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Memang Sedap!
Resepi sotong masak hitam pedas ini sangat mudah dibuat. Hasilnya juga cukup sedap dan menyelerakan. Kalau anda tercari-cari resepi untuk masak sotong, apa kata anda cuba resepi masak hitam ini. Confirm nak lagi!
Yang tak pernah mencubanya, mesti tertanya-tanya apa rasa masakan istimewa ini kan? Warna hitamnya terhasil daripada dakwat sotong. Bukan guna kicap ye. Gunakan sotong yang masih fresh untuk mendapatkan hasil yang lagi sedap.
Ada yang rasa takut nak masak hidangan ni sebab dimasak dengan dakwat sotong. Ada juga yang mengatakan dakwat sotong ni haram, tapi kalau ikut pandangan mufti hukumnya harus. Boleh je nak makan.
Pelbagai versi sotong masak hitam yang ada. Setiap versinya mempunyai keenakannya yang tersendiri. Bahan memasak yang digunakan juga mudah diperolehi sebab menggunakan bahan asas memasak je.
Resepi sotong masak hitam pedas ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Yang tak pernah rasa lauk ni lagi, bolehlah try buat. Confirm anda terpikat bila sekali dah mencubanya.
RESEPI SOTONG MASAK HITAM PEDAS
Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500g Sotong
- Dakwat sotong
- 5 sudu besar Cili kisar
- 1 sudu besar Perahan Asam jawa
- 1 batang Serai (dikatok)
- 1 cm Halia (dihiris)
- 1 cm Lengkuas (dihiris)
- 2 keping Daun limau purut
- 1 sudu kecil Serbuk belacan
- 10 batang Cili padi hijau
- 3@4 ulas Bawang putih (dikatok)
- 1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
- Garam
- Serbuk perasa
- Serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK HITAM PEDAS :
▶️ Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong 2-3 minit. Kemudian toskan.
▶️ Panaskan minyak secukupnya ,tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.
▶️ Masukkan cili kisar ,masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan dan diikuti dengan perahan air asam jawa.
▶️ Masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
▶️ Angkat dan siap untuk dihidang
BACA JUGA: Resepi Tteokbokki Korea Yang Mudah Dan Lazat. Buat Secara Homemade Lagi Jimat Lagi Puas Hati!
Siap! Kuahnya pun nampak padu dan menyengat. Bila nak masak sotong macam-macam idea kat kepala ni, sotong masak butter, sotong goreng, sotong goreng tepung, sotong kangkung, sotong masak kunyit dan macam-macam lagi.
Tapi kali ni boleh tukar selera anda dengan lauk sotong dakwat ini. Sotong tu pula boleh dipotong ikut suka hati anda. Nak rebus boleh, tak nak rebus pun boleh. Ada juga yang masak sotong ne dengan telurnya sekali tau.
Kalau dah tak ada idea nak masak apa dengan sotong yang ada kat peti tu, boleh cuba resepi sotong masak hitam pedas ini. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!