Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Masak Nenas Yang Simple. Masam Manis Yang Pasti Menyelerakan!

0 17,732

Rasa bosan dengan resepi ayam yang selalu dihidangkan di rumah? Pernah dengar resepi ayam masak nenas? Pajeri nenas biasalah makan. Yang ni mesti ada yang belum pernah cuba kan?

Resepi ini sangat simple untuk di jadikan hidangan makan tengahari ataupun malam. Cuma ambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Ayam pun Tak perlu di goreng dahulu. Jimat masa memasak.

Rasa ayam masak nenas ini ala-ala masakan 3 rasa. Resepi ini cukup dengan rasa masam  manis yang menyelerakan. Makan panas-panas dengan nasi putih dan sayur pak choy fuh sedap sangat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Naomy Chow di laman facebooknya. Tengok dari gambar yang beliau kongsikan, mesti ramai yang tak sabar nak mencubanya kan? Banyak komen-komen positif yang beliau terima daripada perkongsian resepi ini.

Terdapat komen perniaga yang nak buat open order resepi ni tau. So, kapada para peniaga makanan diluar sana, boleh la cuba resepi baru ni. Buat kelainan pada menu  masakan anda. Manalah tahu mendapat banyak sambutan.

 

RESEPI AYAM MASAK NENAS

Penggunaan bahan dalam resepi ini juga simple. Semua bahan keperluan memasak harian kita. Cuma kena cari nenas sahaja. Sebab nenas salah satu bahan utama dalam resepi ini. Jom follow langkah- langkah memasak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam yang telah dipotong mengikut size yang diinginkan (Boleh pilih nak isi atau campur)
  • Nenas (dipotong kecil)
  • Bawang putih(dihiris)
  • Cili besar (dihiris)
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Garam

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK NENAS :

▶️ Mula-mula panaskan minyak dan goreng bawang putih.

▶️ Kemudian masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ayam sehingga separuh masak.

▶️ Masukkan nenas dan juga cili.

▶️ Masukkan sos tiram, tomato, cili dan juga garam. Kacau masakkan hingga sebati.

▶️ Masak sampai sos agak pekat dan ayam cukup masak.

 

BACA JUGA: Resepi Kek Batik Versi Biskut Jejari Yang Enak. Unik Dan Cantik Hasilnya. Rugi Tak Cuba!

 

Siap! Mudahkan. Simple dan nampak sedap resepi ni. Kalau yang suka makan pedas boleh tambah cili untuk pedaskan. Ketuk dań campak cili dalam masakan. Kalau nenas segar tak ada boleh guna nenas dalam tin.

Mesti syok para penggemar masakan masam manis ala-ala 3 rasa kan? sebab dapat menu baru. Lepas ni wajib cuba tau resepi yang simple ni. Kalau dah menjadi bolehlah komen dan kongsi keenakannya.

Semoga perkongsian resepi simple ayam masak nenas ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open