Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Bun Inti Kaya Yang Lembut Dan Gebu! Menjadi Macam Beli Kat Kedai
Bagi penggemar roti mesti terasa agak rugi jika nak makan roti perlu dibeli dari kedai-kedai atau pasaraya. Kan seronok kalau boleh buat roti sendiri.
Bila-bila rasa nak makan, masuk je ke dapur dan boleh terus menguli. Nak buat pelbagai perasa, pelbagai jenis pun tak ada masalah kalau dah tahu cara yang betul. Silap-silap boleh buat jual dapatkan income tambahan.
Perkongsian Siti Hadirah ini muncul betul-betul tepat pada masanya. Tengah malam rasa lapar pun boleh je terus makan.
Yang penting, nak buat roti ni tidak lah susah mana. Kena ada kerajinan je.
RESEPI BUN INTI KAYA YANG LEMBUT
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti bun inti kaya ini adalah :
- 11 gram yis
- 1 cawan air suam
- 4 cawan tepung gandum
- 6 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar susu tepung (apa-apa jenama pun tak apa)
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar marjerin
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Inti (ikut pilihan masing-masing. Saya gunakan kaya)
CARA PENYEDIAAN BUN INTI KAYA :
▶ Campurkan air suam, susu tepung, gula, dengan yis . Kacau sekejap dan biarkan selama 5 minit atau sehingga yis naik.
▶ Kemudian gaul sebati tepung gandum, susu pekat, marjerin, dan garam.
▶ Seterusnya masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. Anggaran masa lebih kurang 20-25 minit.
▶ Jika ada breadmaker ianya lebih mudah. Hanya masukkan bahan-bahan dalam Bm, dana biarkan ianya diuli sehingga lembut.
▶ Bila adunan tidak melekat dan bentukkan menjadi doh. Biarkan untuk doh tadi mengembang dua kali ganda.
▶ Pastikan biarkan dalam bekas tertutup lebih kurang 1 jam.
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Pepes Ikan Yang Sedap Macam Kedai
▶ Doh dah kembang, tumbuk -tumbuk sedikit supaya angin keluar. Uli sekejap lagi dalam 2-3 minit.
▶ Bahagikan kepada beberapa Bahagia kecil. Bentukkan bulat-bulat.
▶ Masukkan inti kaya di bahagian tengah dan susun dalam Loyang
▶ Pastikan Loyang disapu dengan marjerin atau minyak.
▶ Biarkan lagi dalam 15 minit supaya doh terus mengembang.
▶ Sapu telur kuning di atas permukaan roti
▶ Akhir sekali, bakar dengan suhu 170 darjah Celsius selama 20 hingga 25 minit. Bergantung kepada oven masing-masing
▶ Tip untuk dapatkan bun berkilat, Sapu sedikit marjerin selepas bun siap dibakar
Maka terhasillah roti bun yang sedap, gebu dan lembut. Makan pula dicicah dengan milo panas pada waktu malam. Fuuh! Memang layan .
Jadi kepada penggemar roti boleh lah save resepi ini untuk kegunaan akan datang ye. Semoga ianya bermanfaat kepada anda. Jangan lupa share ye.