Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Maggie Goreng Homemade Yang Mudah Dan Sedap! Tak Guna Perencah Maggie Pun, Tapi Sedap Hingga Licin Pinggan Dibuatnya!

0 3,802

Ada tak yang rindu nak lepak kedai mamak makan maggie goreng sambil tengok bola. Ha! Kali ni tak payah nak lepak mamak lagi, balik terawih masak sendiri je kat rumah. Korang follow je resepi maggie goreng homemade yang paling sedap ni.

Resepi ni mudah sangat nak buat! Korang boleh pilih nak letak lauk apa kat dalam maggie goreng korang tu sebelum masak. Kalau tak boleh makan seafood letaklah ayam atau sosej. Bosan juga makan maggie goreng guna perencah kan. Baik ikut resepi ni guna rencah sendiri.

Ha! Resepi maggie goreng homemade ni sama sekali tidak menggunakan perencah maggie yang ada dalam paket tu. Yang tu nak buang pun boleh. Pernah dengar juga perencah tu tak boleh makan selalu. So, baik la kita buat rencah sendiri.

Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Encik Wan LuQman. Confirm licin pinggan di buatnya. Kalah maggie goreng kat kedai mamak tu. Masak sendiri lagi puas hati, sebab kita boleh adjust rasa maggie tu kan.

Nampak special ye maggie goreng ni. Sebab siap ada lauk udang sekali. Encik Wan LuQman sebut maggie ni adalah resepi maggie goreng hok sedak sekali. Ha! Bunyi ganu kat situ ye. Jom kita cuba!

 

RESEPI MAGGIE GORENG HOMEMADE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Kalau nak masukkan seafood, pastikan beli seafood yang fresh barulah tak spoil mood korang masa makan nanti.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Maggie
  • Ayam/ udang/ sotong
  • 1 sudusos tiram
  • 1 sudu kicap sotong
  • 1 sudu sos cili
  • Sedikit gula
  • 1 1/2 sudu kicap pekat
  • Cili pes tomyam
  • Sayur kailan (atau apa saja sayur yang korang suka)
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

CARA PENYEDIAAN MAGGIE GORENG HOMEMADE : 

▶️ Mula-mula goreng telur mata dulu dan ketepikan.

▶️ Kemudian, rebus maggie. Pastikan rebus jangan terlalu lama sangat. Nanti maggie akan lembik. Lepas tu tapis.

▶️ Seterusnya, tumis bawang putih dan cili padi.

▶️ Masukkan rencah pilihan seperti udang/ ayam/ sotong dan pecahkan sebijik telur.

▶️ Masukkan maggie yang telah di rebus dan di tapis tadi di sertakan dengan sos tiram.

▶️ Seterusnya, masukkan nampla atau kicap sotong dan juga cili sos.

▶️ Di ikuti dengan air limau. Kalau takde boleh masukkan separuh biji tomato.

▶️ Masukkan namprik atau cili pes yang biasa untuk masak tomyam tu.

▶️ Perasakan dengan sedikit gula. Kemudian, masukkan kicap pekat dan sayur yang korang suka. Yang ni guna sayur kailan.

▶️ Kacau semua bahan menggunakan api yang besar. Dan masak dengan sempurna. Matikan api.

▶️ Taburkan daun bawang dan bawang goreng di atasnya. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Onde-Onde Bunga Telang. Jarang Jumpa Onde-Onde Warna Biru, Teruja Pulak Nak Try Buat Kat Rumah!

 

Ha! Dah tahu kan macam mana resepi magi goreng homemade hok sedan sekali ni. Tak perlu guna pun wrench maggie yang ada dalam paket tu. Kalau nak sedap, baik buat rencah sendiri dan mangan lupa masukkan cili pes tomyam tu. Barulah aumm rasanya. Fuh! Sekali pandang je dah tergugat iman nak makan bulan puasa ni.

Banyak lagi resepi yang dikongsikan oleh Encik Wan LuQman di wall Facebooknya. Suka tengok gelagat beliau bila berkongsi resepi. Ramai yang terhibur dan memberi komen positif dengan gelagat beliau.

Akhir sekali, ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau atas perkongsian resepi maggie goreng homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open