Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Paling Mudah Buat Wrap Rolled Telur Tampal. Nak Diet Anda Wajib Cuba. Confirm Mengenyangkan!

0 2,458

Resepi wrap rolled telur tampal adalah satu hidangan sarapan pagi yang paling mudah, cepat dimasak dan sedap dimakan. Mengapa memilih wrap sebagai menu sarapan pagi? kerana ianya mampu mengenyangkan kita. Perlu diingatkan juga setiap orang wajib mengambil sarapan pagi sebelum beraktiviti.

Resepi ini juga akan menjadi hidangan kesukaan anak-anak. Ianya cuma perlu ditampal bersama telur. Bunyinya macam roti tampal kedai mamak pula kan. Tapi ia adalah hidangan ala-ala barat yang cukup berkhasiat.

Kadang-kadang bosan juga asyik selalu makan nasi kan? Apa kata sekali sekala tukar menu anda kepada wrap sihat ini. Bukan sahaja mudah dibuat, malah ia menjimatkan wang anda. Wrap rolled kini banyak dijual di kedai-kedai runcit dan juga supermarket.

Resepi wrap rolled telur tampal ini dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar. Seperti yang kita tahu, wrap rolled ini adalah makanan bagi orang yang tengah amalkan diet. Ianya menjadi pengganti kepada nasi.

Ianya tetap mengenyangkan anda. Resepi ini cuma menggunakan 2 bahan utama sahaja. Dan menggunakan bahan lain seperti sos dan mayonis sebagai penambah rasa. Teksturnya juga sangat lembut.

 

RESEPI WRAP ROLLED TELUR TAMPAL

Resepi ni kalau nak makan waktu lunch dan dinner pun tidak menjadi satu masalah. Terpulang kepada individu itu sendiri. Jom kita follow cara paling mudah penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 biji telur ayam
  • 1 keping wrap
  • Salad (pilihan)
  • Serbuk lada hitam (pilihan)
  • Mayonis
  • Sos cili thai

CARA PENYEDIAAN WRAP ROLLED TELUR TAMPAL :

▶️ Mula-mula pecahkan telur dan kacau sebati dengan serbuk lada hitam.

▶️ Panaskan kuali, sebaiknya gunakan kuali anti lekat. Kalau tak ada, guna je kuali biasa tapi letakkan sedikit minyak masak ye.

▶️ Masukkan telur, biarkan seketika.

▶️ Masukkan wrap dan letak betul-betul atas telur tadi. Biarkan sekejap, kemudian balikkan wrap sebentar.

▶️ Angkat wrap telur tadi, letakkan mayonis dan sedikit sos cili.

▶️ Kemudian gulungkan wrap bersama salad atau hirisan lobak merah.

▶️ Letakkan dalam pinggan dan potong serong. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Telur Hancur Ayam Berlado Paling Sempoi. Dijamin Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Dah boleh nikmati dengan penuh kegembiraan. Yang nak diet boleh sangat cuba resepi ni.

Jangan salah tafsirkan istilah diet. Walaupun anda tengah mengamalkan diet, sarapan pagi tetap menjadi satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah. Sarapan pagi akan membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Kalau tak sarapan pagi, macam mana nak buat kerja kan. Oksigen pun susah nak masuk kat kepala. Semoga resepi wrap rolled telur tampal ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open