Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Puding Pisang Bersos Kastard. Resepi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang!

Puding Pisang Bersos Kastard
0 1,933

Kalau ada pisang lebih dekat rumah jangan runsing lagi dah. Kalau sebelum ni dah penat makan pisang goreng, pengat pisang, cekodok pisang. Kali ni kita cuba tukar menu kepada puding pisang pulak!

Dengar macam pelik kan. Sedap ke puding pisang ni nanti. Itu memang wajiblah rasa dulu baru boleh tahu sedap atau tidak.

Sebenarnya respei puding pisang dengan sos kastard ni, dikongsikan oleh Cik Puan Linda Zaid. Dan ini merupakan resepi jualan beliau tau. Baiknya hati sebab sudi kongsikan resepi yang menjadi sumber rezeki beliau.

Ye lah kan, semakin banyak kita berkongsi, semakin banayk rezeki kita dapat. Mana tahu, hasil perkongsian beliau ni ada yang buka jualan dan dapat hasil jualan juga.

 

RESEPI PUDING PISANG BERSOS KASTARD

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Pisang Nangka
  • Planta
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN PUDING PISANG BERSOS KASTARD :

▶ Mula-mula sekali, masukkan plantan ke dalam kuali dan goreng pisang Nangka tersebut.

▶ Bila dah agak garing dan kekuningan, angkat dan toskan seketika.

▶ Seterusnya, masak semua bahan-bahan di atas hingga sedikit pekat. Gunakan api yang perlahan sahaja.

BACA JUGA: Resepi Kek Oren Sunquick Simple Dan Awesome. Rahsia Hasilkan Kek Gebu Dan Moist!

▶ Bila dah suam, masukkan ke dalam peti ais selama lebih kurang ½ jam.

▶ Kemudian, pisang yang digoreng tadi, letakkan dalam pinggan. Tuang sos kastard kita dan taur dengan kismis hitam.

▶ Jika ada strawberry, boleh juga dijadikan sebagai hiasan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Waah! Resepi simple je tapi nampak mewah betul! Kalau dijadikan menu di hotel bertaraf lima bintang sudah tentu harga menjadi mahal.

Tak sangka juga resepi puding pisang ni ramai yang suka dan banyak permintaan boleh dapat. Boleh cuba dulu buat dan rasa. Hidangkan kepada ahli keluarga dan tengok feedback mereka. Confirm mereka suka!

Nak buat puding pisang bersos kastard ni, kena pilih pisang yang betul. Sebaiknya gunakan pisang Nangka sebab rasanya yang lebih sedap dan sesuai untuk dimakan dengan sos kastard begini.

Simpan dulu di wall facebook korang kalau belum nak buat sekarang. Nanti mudah nak cari dan boleh bantu orang lain untuk jadikan resepi ini sebagai sumber rezeki mereka.

Kepada yang baru nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open