Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw. Confirm Sedap Dan Rasa Nak Lagi!

0 80

Nah, resepi air bandung laici cincau sedap kaw kaw! Ye la, mana tak sedapnya bila bahan-bahan cukup dan air kosong langsung tak letak. Harap dari air laici dah ais ketul yang mencair je. 

Tengok air bandung ni lagi menarik dari yang biasa aku jumpa. Dah macam air abc la pulak. Hasil cincau yang dah potong pun lawa. Nak tahu tips potong cincau yang canti kena la ikut resepi ni sampai habis. 

Belum buat lagi dah rasa haus tekak ni nak minum air bandung. Buat hidangan makan malam nanti. Confirm kenyang minum air je weh. Tengok la isi cincau dalam bandung ni pun banyak. 

Resepi air bandung laici cincau sedap kaw kaw ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Ben Safwan. Tak jumpa kat luar air bandung padu macam ni. Rugi peniaga. Lagi-lagi harga barang dah mahal.

Oh ya tips rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat cincau tadi pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik. Kerja pun jadi laju. Paling penting straw minuman tak sangkut cincau nanti. 

RESEPI AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan air bandunh laici cincau ni. Bahan-bahan dan step penyediaanya seperyi dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma mehari
  • 50-60 gram cincau hitam

CARA PENYEDIAAN RESEPI AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW :

▶️ Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.

▶️ Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas.

▶️ Kacau sebati dan tambah semua bahan.

▶️ Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

▶️ Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh jugak kalau nak letak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Ketagih Krup Krap. Layan Dengan Telur Dadar Pun Dah Sedap Weh!

 

Dah siap pun air bandung special kita ni. Padu weh! Siap ada biji selasih dan kurma merah. Patutlah air bandung versi ni sedap giler. Korang nak letak air soda pun boleh ye. Terpulang ikut citarasa masing-masing.

Nak hidang air ni time ada majlis pun sesuai. Tetamu confirm suka. Penggemar air bandung wajib try buat sendiri air ni. Silap hari bulan, nak minum bandung buat sendiri je Lepas ni. Tak cari kat luar dah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Ben Safwan kerana sudi berkongsi resepi air bandung laici cincau sedap kaw kaw ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buag kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open