Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Steak Homemade Yang Paling Sedap. Jimat Dari Makan Kat Luar!

0 72

Kadang nak jugak makan makanan western kan. Tapi kalau makan kat luar, mau tercedok tengok harga. Memandangkan dah kena berjimat cermat, apa kata kita try resepi steak homemade ni. Confirm puas hati. Follow resepi steak ni sebijik-sebijik confirm menjadi! 

Nak masak steak ni seeloknya masak guna daging yang lembut contoh daging batang pinang. Takde spoil mood masa makan nanti kan. Kalau tak lembut, sedap macam mana pun makanan tu mesti buat kita takde mood nak makan. Betul tak? 

Nak buat sebijik macam kat kedai tu boleh je. Janji semua bahan memasak dah lengkap. Nak buat steak ni kena hidang sekali dengan sos dia. Baru sedap nak makan nanti. Sos yang kita nak makan dengan daging ni dah semestinya sos black pepper.

Resepi steak homemade ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Masri. Ramai tau yang share resepi ni. Tengok dari cara present je dah nampak sedap. Belum masuk mulut lagi kan. Ala-ala hidangan hotel gitu. 

Steak ni sesuai jadi hidangan makan malam. Contoh bila korang nak buat candle light dinner dengan suami. Untuk sambut anniversary. Masak macam ni pun dah cun weh. Macam makan kat hotel tau! Cara penyediaannya tersangatlah mudah dan simple.

RESEPI STEAK HOMEMADE 

Tak sabar nak masak steak homemade ni kan. Nak makan kat luar takut mahal pulak. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan steak homemade ni. Step penyediaannya boleh rujuk dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 kilo daging batang pinang

 

Bahan perapan daging :
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu teh lada hitam sebuk
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • kicap pekat
  • Sos tiram
  • Kiub pati daging
  • Garam dan serbuk perisa
  • Sedikit air untuk blend bahan diatas

 

Bahan-bahan sos black pepper : 
  • Lada hitam serbuk
  • Butter
  • Bawang putih (dicincang)
  • Sos lada hitam
  • Kiub pati ayam
  • Gula
  • Garam
  • Tepung jagung
  • Bawang holland

 

Bahan hiasan : 
  • Brokoli
  • Tomato ceri
  • Daun pasley
  • Bawang putih cincang (digoreng)
  • Kentang putar
  • Kentang rebus
  • Butter
  • Susu Segar
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN STEAK HOMEMADE : 
Cara penyediaan bahan perapan : 

▶️ Bahan perapan daging diblend halus dengan sedikit air dan digaul pada daging.

▶️ Perapan sekurang- kurangnya 3-4 jam atau semalaman sebelum grill.

Cara masak : 

▶️ Bakar daging sehingga masak. (60 minit – 100C)

▶️ 15 minit balik sekali dan disapu dengan air perapan.

▶️ Dah masak, potong daging dan sedia dihidang dengan kuah black pepper. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Cucur Balak Utara Style. Makan Dengan Kuah Kacang Lagi Sedap!

 

Dah siap steak homemade kita. Actually, korang nak pakai daging biasa pun boleh je. Cuma kena cari tips untuk lembut kan daging tu. Kalau guna daging batang pinang kan senang. Kejap je masak, dah siap. Hasil daging yang di bakar pun garing di luar dan lembut di dalam. 

Wow! Orang nak diet boleh save resepi ni. Nak lagi sedap masak steak ni korang kena perap daging 3-4 jam atau semalaman. Semua bahan perapan akan masuk dalam daging. Patutlah juicy dan rasa nikmat makan steak homemade ni kan. Puas hati!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Masri kerana sudi berkongsi resepi steak homemade yang lembut dan juicy ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open