Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Chicken Chop Homemade Yang Mudah Dan Tak Perlukan Banyak Bahan. Confirm Menjilat Jari Dibuatnya!

0 726

Ada tak penggemar western food kat sini? Haa, apa kata hari ni anda follow resepi chicken chop homemade yang mudah dan tak perlu guna banyak bahan ni. Memang senang sangat nak buat. Duit poket pun jimat. Tak perlu makan chicken chop kat luar nanti.

Seperti yang kita tahu, chicken chop adalah hidangan yang asalnya dari barat. Ianya juga telah di ubahsuai mengikut citarasa orang kita, sehingga hari ini chicken chop masih menjadi pilihan ramai bila pergi ke kedai  yang menjual hidangan barat.

Sesetengah orang lebih memilih untuk masak chicken chop sendiri di rumah dari makan diluar. Selain di jamin bersih dan halal, makan dirumah juga lebih jimat dari makan di luar.

Untuk semua penggemar chicken chop, apa kata hari ni kita ikuti perkongsian resepi chicken chop homemade dari Cik Puan SuiSan Aliezsha. Nak buat untuk hidangan tetamu di hari raya atau majlis berbuka puasa dirumah pun boleh.

Yang menariknya, sos blackpaper yang beliau gunakan dalam chicken chop ini jugak boleh di gunakan pada hidangan seperti lamb, steak atau meatball. Memang sedap rasanya. Confirm menjilat jari lah dibuatnya!

 

RESEPI CHICKEN CHOP HOMEMADE

Resepi pun dah ada, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan chicken chop homemade yang sedap ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk sos blackpaper :
  • Bawang holand
  • Bawang putih (dipotong dadu & halus)
  • 1 biji ubi kentang (potong dan rebus – nak letak lebih pun boleh)
  • 2 sudu butter
  • Sos blackpaper (brand longsan)
  • 1 sudu tepung gandu
  • Lada hitam (blend halus)

 

Bahan untuk chicken shop :
  • Peha ayam
  • Telur
  • Serbuk roti

 

Bahan-bahan untuk coslow :
  • Kubis (dipotong dadu)
  • Lobak (dipotong dadu)
  • Mayonis
  • Gula
  • Air Panas

 

Bahan-bahan lain :
  • Fries (digoreng)
  • mayonis
  • Sos cili
  • Salad (dibasuh bersih)
  • Tomato (dihiris)

CARA PENYEDIAAN CHICKEN CHOP HOMEMADE :
Cara penyediaan sos blackpaper :

▶️ Masukkan sos blackpaper, kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula, sedikit air dan blend bagi sebati.

▶️ Masukkan butter dan masukkan bawang. Kemudian, masukkan bahan yang diblend dan letak 1 kiub pati ayam.

▶️ Kacau sampai berkilat dan pastikan semuanya terasa. Nak pekat atau cair tambah je air. Siap!

Cara penyediaan ayam :

▶️ Peha ayam di lapah-lapah bagi lebar, cuci bersih dan toskan.

▶️ Kemudian, celup dengan telur.

▶️ Gaulkan dengan serbuk roti.

▶️ Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.

▶️ Kemudian, goreng dengan api sederhana supaya chicken chop nampak oren kekuningan.

▶️ Kalau api besar nanti nampak hangus dan dalam kurang masak. Siap!

Cara penyediaan coslow :

▶️ Gaul kubis dan lobak dengan mayonis dan sedikit gula.

▶️ Kemudian, letak sedikit air panas.

▶️ Masukkan dalam peti ais supaya sejuk seketika.

Cara hidangan chicken chop : 

▶️ Satukan ayam, kentang goreng, coslow, salad dan tomato.

▶️ Kemudian, tuangkan sos black paper diatasnya. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Sarang Semut Yang Rangup Dan Cair Di Mulut. Guna Sukatan Cawan Je Senang!

 

Siap untuk dihidang! Fuhh sedapnya. Sekali pandang pun dah terleleh air liur dibuatnya. Berbaloi sangat buat sendiri di rumah untuk hidangan satu keluarga.

Makan panas-panas memang sedap sangat. Ada banyak lagi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan SuiSan Aliezsha di laman Facebooknya. Dan rata-rata perkongsiannya menjadi perhatian ramai serta ramai yang mencubanya.

Akhir sekali, ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi chicken chop homemade ini buat warga Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open