Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Indonesia. Sedap Sangat Hasilnya, Anda Wajib Cuba! 

0 1,835

Kalau makan ikan tenggiri ni, bahagian ekor tu la paling sedap. Sampai ketulang habis digigit. Kali ni kita akan cuba satu resepi yang menggunakan ikan tenggiri iaitu resepi ikan tenggiri masak lemak padang. Cubalah sedap tau!

Ini bukan masak lemak cili padi, atau lemak kuning ye. Tapi resepi ini dipanggil sebagai masak lemak padang, Sumatera Barat, Indonesia. Kena cuba sebab sedap sangat dan boleh bertambah nasi dibuatnya.

Ikan tenggiri yang dah dibersikan akan digoreng garing terlebih dahulu sebelum dimasak lemak. Resepi ini boleh dimakan oleh anak-anak kita kerana kuahnya tak pedas. Nak masak pun mudah je yang penting rajin. Gurau je!

Kalau takde idea nak masak lauk tengahari, apa kata cuba resepi ikan tenggiri masak lemak padang ni. Biasanya kalau ke restoran padang/minang, resepi ini juga ada tersedia. Cuma perlu dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman dah cukup.

Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Ramai juga yang share resepi ni, rata-rata orang Malaysia memang boleh menerima masakan dari Indonesia dan Thailand. Semuanya sedap!

 

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Jangan lupa beli ikan tenggiri yang fresh ye. Barulah rasa manis kat isi ikan tu. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 5-6 ketul ikan tenggiri
  • 1/2 kotak kecil santan
  • 2 Hirisan lengkuas
  • 1 batang Serai
  • 1 helai Daun salam
  • 1 biji Tomato
  • Minyak secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 1/2 cawan Air

 

Bahan kisar :
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1/2biji bawang besar/ 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 2 batang Cili merah

CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG INDONESIA :

▶️ Ikan dibasuh bersih dan dilumurkan dengan kunyit. Kemudian, goreng ikan sehingga masak.

▶️ Panaskan minyak, masukkan hirisan lengkuas, serai, dan daun salam. Masak seketika.

▶️ Masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan air, santan dan masak sehingga sedikit mendidih.

▶️ Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng tadi.

▶️ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api.

 

BACA JUGA: Resepi Kek Karamel Coklat Kukus Yang Paling Sedap. Seronok Sangat Bila Menjadi!

 

Mudahkan! Wah, dapat makan ikan tenggiri yang dah digoreng garing dengan kuah lemak macam ni memang padu! Boleh cicah dengan sambal padang sekali. Licin pingganlah dibuatnya.

Kalau dah bosan masak lemak cili api, masak lemak kuning, apa kata kali ini kita bertukar selera ke Indonesia pula. Masak lemak padang ni tak kurang sedapnya. Sesuai juga dihidang untuk makan malam anda sekeluarga.

Kalau nak resepi dari negara seberang lagi, boleh search je kat blog ni. Sambal padang power pun ada tau. Semoga resepi ikan tenggiri masak lemak padang ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open